Pengunduran!!!!! Pirates Section The Final Chapter....

Feb 5, 2010

Assalammualaikum.....

Ape kabor korang sumer, aku dah lama tak jengok blog aku nih... maklumlah sekarang aku amat bz dengan keje. So masa nak layan blog pun dah takde sesangat. Aku baru lagi berblog ni, tapi masa start aku buat blog ni dulu, antara member yang amat rapat ialah Jezz, Nini, Red, Missylily, Tun Teja, Missdiya84, Amyliana, Frodo, dan ramailah lagi yang tak aku sebut. Rasa seronok berblog tu memang terasa lah dengan kehadiran korang sumer, tapi makin lama makin ramai yang mula hilang dalam blog ni.

Dimulai dengan Kapten Luffy Hensem, pastu Abg Besi pun lesap, kemudian orang yang paling besar impak dalam geng blog kite ni iaitu Jezz, sape tak kenal Jezz, ade gak dia jengok blog aku jap hari tu, tapi lepas tu hilang balik, pastu Tangan Hitam pun hilang, dan lain-lain bloggers yang dah senyap jugak sekarang.

Aku pun dah semakin bz dan tak sempat nak update isi perut blog aku ni, so seperti tajuk aku diatas, aku nak buat pengunduran diri dalam arena blog ni. Tak tau lagilah samada aku akan kembali berblog atau tak, tapi rasenya tak kot, akaun blog aku ni pun aku akan delete selang beberapa hari lepas entry terakhir aku ni. So aku ambik kesempatan ni nak ucapkan bebanyak tima kasih kat korang sumer sebab sudi berkawan, singgah blog aku untuk bertukar pendapat, cadangan, kutukan hehehehe...

Kepada sesiapa yang terguris dengan kenyataan aku atau marah kat aku sepanjang aku berblog ni, aku mintak maaf bebanyak, ape yang pasti aku tak sengaja mengguris hati korang cheewwaaahh... Kepada korang yang masih lagi terus berblog, teruskan lah berblog dengan matang dan berpikiran terbuka, aku akan sentiasa baca entry2 korang dan mungkin aku akan komen gak kalau sempat lah.

Dengan ini aku menutup Pirates Section yang telah dikendalikan oleh aku Miji The Lanun selama ni... Adiooossssss......





Blog Widget by LinkWithin