TEST!!! TEST!!!

Dec 11, 2014

Assalammualaikum.....

Lama dah tak terjah blog sendiri, dulu cakap nak tutup tapi tak sanggup nak tutup hahaha...., skill nak tulis post pun dah terabur der. Takde ape nak citer kat sini, cuma nak citer sikit pasal hidup aku yang sekarang ni.


Alhamdulillah dah berkahwin dan ade dua orang cahaya mata, tulah isteri tercinta dan anak-anak kesayangan aku. Pada yang nak tengok sangat muke aku tu, tulah dia muke aku hahaha takdelah hensem mane pun, manis adelah puuuiiii... (gambar takde pun hahaha)

Oklah sampai sini dulu, nanti ade post baru aku tulis lah lagi ye

Nasib????

Nov 29, 2010


"Bile kite nak pakai kereta tu yek?"

Kata-kata member rapat aku yang bernama Acoi yang terus membuatkan aku terdiam beribu-ribu lemon eh.. beribu-ribu bahasa. Kereta yang ditunjukkan oleh jari Acoi tu adalah sebuah Mitsubishi Lancer 10 berwarna merah. Beberape kali jugak aku terdengar ayat dari member di tempat kerja aku yang mengatakan harga kereta tu murah je, baru RM120,000.00 jer. Telan air liur aku dengar ungkapan member aku yang mengatakan harga kereta tu murah jer.

Hakikatnya berape ramai anak melayu kite yang mampu beli kereta yang dikatakan murah tu?. Berape kerat anak bangsa kite yang berjaya dalam bidang yang diceburi hingga boleh dilabelkan kaya dan mampu untuk membeli kereta yang murah tu?. Berape ramai pulak anak melayu kite yang berjaya yang nak membantu anak bangsanya yang lain untuk sama-sama berjaya?. Berape ramai pulak anak bangsa kite yang hancur, yang miskin, yang susah, yang buat jenayah, yang menjahanamkan bangsa sendiri, yang tak kisah bangsa sendiri hancur asalkan diri sendiri berjaya?.

Jawapannya ade pada diri sendiri, pada diri sendiri yang nak merubah diri, yang nak berjaya dan nak memajukan bangsa kite yang agung ni. Tujuan aku bukanlah nak berpidato ataupun nak berpolitik sebab aku pun tak minat nak berpolitik, tapi sekadar nak berkongsi cerita dan nasib yang rata-rata semua orang rasa. Aku sendiri pun rase sedih dengan kehidupan aku sendiri, setakat gaji cukup-cukup makan jer, belum lagi nak menanggung anak orang, duduk pun kat rumah mak bapak lagi.

Macam-macam cara aku dah try untuk menambah pendapatan, buat macam-macam kerja part time tapi tak kemane jugak. Kadang-kadang rase jeles jugak tengok orang lain tak payah pun buat kerja part time nak dapat duit yang mencukupi, buat kerja sendiri jer. Tapi aku tetap bersyukur dengan hidup aku walaupun aku cukup-cukup makan jer, tapi aku ade family yang sentiasa menyokong aku dari belakang, ade kerja yang agak menjamin dan yang penting ade rezeki yang dikurniakan dari Allah....

Alhamdulillah.................




Pengunduran!!!!! Pirates Section The Final Chapter....

Feb 5, 2010

Assalammualaikum.....

Ape kabor korang sumer, aku dah lama tak jengok blog aku nih... maklumlah sekarang aku amat bz dengan keje. So masa nak layan blog pun dah takde sesangat. Aku baru lagi berblog ni, tapi masa start aku buat blog ni dulu, antara member yang amat rapat ialah Jezz, Nini, Red, Missylily, Tun Teja, Missdiya84, Amyliana, Frodo, dan ramailah lagi yang tak aku sebut. Rasa seronok berblog tu memang terasa lah dengan kehadiran korang sumer, tapi makin lama makin ramai yang mula hilang dalam blog ni.

Dimulai dengan Kapten Luffy Hensem, pastu Abg Besi pun lesap, kemudian orang yang paling besar impak dalam geng blog kite ni iaitu Jezz, sape tak kenal Jezz, ade gak dia jengok blog aku jap hari tu, tapi lepas tu hilang balik, pastu Tangan Hitam pun hilang, dan lain-lain bloggers yang dah senyap jugak sekarang.

Aku pun dah semakin bz dan tak sempat nak update isi perut blog aku ni, so seperti tajuk aku diatas, aku nak buat pengunduran diri dalam arena blog ni. Tak tau lagilah samada aku akan kembali berblog atau tak, tapi rasenya tak kot, akaun blog aku ni pun aku akan delete selang beberapa hari lepas entry terakhir aku ni. So aku ambik kesempatan ni nak ucapkan bebanyak tima kasih kat korang sumer sebab sudi berkawan, singgah blog aku untuk bertukar pendapat, cadangan, kutukan hehehehe...

Kepada sesiapa yang terguris dengan kenyataan aku atau marah kat aku sepanjang aku berblog ni, aku mintak maaf bebanyak, ape yang pasti aku tak sengaja mengguris hati korang cheewwaaahh... Kepada korang yang masih lagi terus berblog, teruskan lah berblog dengan matang dan berpikiran terbuka, aku akan sentiasa baca entry2 korang dan mungkin aku akan komen gak kalau sempat lah.

Dengan ini aku menutup Pirates Section yang telah dikendalikan oleh aku Miji The Lanun selama ni... Adiooossssss......





Ibu Negeri Ku

Dec 28, 2009

Kisah yang berlaku zaman persekolahan aku dulu, sewaktu aku baru berada di tingkatan 4. Boleh lah nak cakap yang aku ni muda lagi masa tu ye tak? (muda lah sangat). Kejadian berlaku pada hari Isnin ketika kiteorang semua berada di dalam dewan sekolah untuk menghadiri sesi perhimpunan (event yang paling malas aku nak attend). Boleh dikatakan sape yang bersekolah kat sekolah aku tu bangga sebab perhimpunan diadakan di dalam dewan daripada murid sekolah lain yang terpaksa berhimpun kat padang tengah panas terik (ni pun jadi hal bergaduh antara sekolah).

Aku belum menjadi taiko besar kat sekolah sebab masih ade lagi senior yang berada di tingkatan 5, yang mane kiteorang terpaksa hormat. Kebetulan ade pertandingan menjawab soalan, berbalas pantun dan sajak diadakan pada perhimpunan tu, yang mane hadiahnya setakat kotak pensil je pun (konon balut macam hadiah mahal). Perhimpunan tu dimulakan dengan acara yang sangat bosan, iaitu bersajak, yang hanya disertai oleh 3 orang je, so hadiah pun dapatlah sorang satu kotak pensil (sebab hadiah sampai tempat ketiga je).

Selepas itu, acara berbalas pantun antara wakil kelas-kelas yang cukup kecoh dan heboh, sebabnya banyak pantun yang tak mengikut bait dan rangkap pun, main balun ikut suka hati tengkorak masing-masing jer. Aku dan member-member yang lain tak join sebarang pertandingan sebab tak nak malukan diri sendiri dan lebih suka menonton sambil gelakkan orang (perangai sikit macam setan). Sampai acara terakhir iaitu menjawab soalan-soalan dari cikgu-cikgu yang terpilih untuk memberikan soalan maut (tapi hadiah tetap sama jugak). Aku dan member-member tetap macam biasa tak nak melibatkan diri, sebab nak mengelakkan malu. Tiba-tiba...

Cikgu Rahman: Ape ibu negeri Selangor?

Dengan pantas Nik a.k.a Zorro mengangkat tangan dan terus meluru naik ke pentas sebab nak menjawab soalan tu.

Cikgu Rahman: Hah! ape jawapannya?

Nik: Apelah cikgu ni tanyelah soalan susah-susah sikit. Jawapannya Pandamaran lah.

Cikgu Rahman: Ape bangang ko ni, jawapannya Shah Alam lah!!!

Dengan sepantas cencorot, Nik pun turun dari pentas sambil tersenyum macam kambing yang tak tau erti korban, dan melarikan diri dari dewan tu. Kadar ketawa yang diterima oleh Nik jugak sangat memberangsangkan, satu dewan gamat dengan gelakkan, pekikkan dari semua murid yang ade. Aku hanya mampu tersenyum sebab aku dah tau yang Nik tu memang sengal tahap binturong yang tengah tidor.


Sekian......




Bapok Letup (18SX Only)

Nov 23, 2009

Assalammualaikum....

Ape khabar korang sumer? lama dah aku tak update isi blog aku ni, sekarang ni jer baru nak berkesempatan. Aku semakin bz dan sibuk dengan keje-keje harian aku, makin pening aku nak setelkan keje, lagi-lagi nak hujung tahun ni. Tapi takpelah, aku ambik ni sebagai cabaran hidup, yang penting keje kena siap, kalau ikut hati memang tak boleh tahan, rase nak meletup jer hehehehe...

Malam sabtu yang lepas aku yang baru jer lepas abis bermain futsal, terus melepakkan diri kat kedai yang biase aku melepak (korang pun dah tau kedai mane kan). Ramai lah yang melepak mase tu, mane taknya, malam minggu lah katakan, hujan turun agak renyai time tu. Aku jeling jam dah pukul 10.30 malam, tapi masih ramai lagi yang melepak kat situ, aku yang malas nak ambik port ape yang member aku borakkan, terus setia menonton rancangan kat tv.

Selang beberapa jam, Acoi mengajak kiteorang sumer merayap sebab dah bosan melepak jer (ingat tak tau bosan tadi). Semua pun bersetuju dengan cadangan Acoi tu, aku pulak terpaksa mengikut memandangkan yang aku ni menumpang keta Acoi. Destinasi kiteorang Sunway, ape yang dicari ialah kelainan dunia sekarang iaitu golongan 'bapuk' ataupun 'mak nyah'. Aku pun tak pasti ape yang seronoknya tengok golongan ni, tapi aku tau dorang seronok mengacau bapuk-bapuk ni untuk menghilangkan tensen.

Sampai jer kat kawasan Sunway tu, kiteorang pun terus ke tempat dimana golongan bapuk-bapuk ni menjual diri untuk menyara diri, kat mane tu rahsialah kan (ke korang dah tau?). Dari jauh si Acoi dah aim sorang bapuk ni, punyalah cun mengalahkan pompuan, dia pun nampak tersipu-sipu jer bile kiteorang dok pandang kat dia. Acoi terus merapatkan keta kat bapuk tu.

Kiteorang: sape nama?

Bapuk: Sally bang.

Kiteorang: cunnya, berapa list harga ko ni?

Bapuk: ringan ke berat?

Kiteorang: ringan tu camner?

Bapuk: macam blowjob ke, baru RM90 bang.

Kiteorang: mahalnya, baik carik pompuan tulen.

Bapuk: eh.. ni yang best punyer bang, american stail, hisap siap letup-letup lagi, kalah pompuan tulen you, lagipun saya ni dah jadi tulen bang.

Kiteorang: kah..kah..kah.. hahahahaha....

Acoi terus bergerak meninggalkan Sally tu tadi, sambil merayap lagi berpusing-pusing kat kawasan tu macam pemandu pelancong jer gayanya. Macam-macam lagi gelagat orang yang berada kat kawasan tu, rata-rata yang ramai melanggan bapuk ni terdiri dari golongan pemandu-pemandu lori, anggota polis pun ade jugak tu. Ape yang seronoknya aku pun tak taulah, dunia sekarang ni, maksiat merata-rata, tepi jalan jer pun. Yang lagi menyedihkan, pihak berkuasa bukan nak menahan tapi melanggan lagi ade, entah lah ape nak jadi....

Sekian...

Kisah Seorang Zorro

Nov 2, 2009

Assalammualaikum semua bloggers-bloggers, dah lama rasanya aku tak membuat entry baru kat blog aku ni atau dengan lebih tepat, aku tak melawati blog aku ni. Bukan ape, aku sekarang busy dengan keje yang berlambak-lambak dan terpaksa disiapkan dengan kadar segera. Jadi aku nak meminta maaf ler pada bloggers yang bertanyakan pasal aku seperti Reds, Nini, Jezz, Ixora, Amyliana dan lain-lain lagi. So hari ni aku nak mengupdate ler blog aku ni, memula aku nak ucapkan Happy Besday yang ke-23 kat Nini, semoga panjang umur dan murah rezeki.

Ok kite berbalik kepada story yang aku nak citer hari kat korang sumer, yang mane kes ni terjadi sewaktu aku dibangku (asyik bangku jer) sekolah. Aku bersekolah di sekolah yang menempatkan pelajar lelaki sajer, so kenakalan dan kejahatan antara student tu jadi perkara biase jer. Sewaktu aku di tingkatan 2, kelas aku sesi petang, so bermacam-macam cara kiteorang buat untuk ponteng kelas dengan cara selamat. Salah satunya kiteorang akan cakap nak ke surau untuk bersolat, padahal melepak jer lebih pun.

Pada hari Selasa tu, aku, Nik, Zul, Pipi dan Epak sekali lagi memberikan alasan nak ke surau pada cikgu Sains kiteorang iatu Miss Chin (nak elak kelas Sains yang membosankan). Sampai kat surau, aku, Pipi dan Epak terus mengerjakan solat kat dalam surau yang tak berapa nak kukuh tu. Zul dengan Nik pulak leka berborak kat luar surau sambil melepak dengan gaya selebriti terkenal. Selesai jer solat, kiteorang tengok Zul dengan Nik berlari ke dalam surau dan memulakan solat tanpa mengambil wudhuk terlebih dahulu.

Aku yang pelik hanya memerhatikan jer perangai dua orang badut terkenal sekolah tu (2 orang yang paling kelakar kat sekolah), tanpa aku sedari Ustaz Din berdiri kat belakang kiteorang. Melihat Ustaz Din tengah memerhatikan budak 2 orang tu bersolat, kiteorang pun blah dari surau tu dan ke tempat duduk kat luar surau tu untuk memakai kasut. Selesai jer Zul dengan Nik tu solat pura-pura tu, Ustaz Din terus menghampiri dorang.

Ustaz Din: Aku tengok hangpa (korang) tadi melepak kat luar, tau-tau dah kat dalam surau pulak!!

Zul: Mane ade ustaz, kiteorang sembahyang tadi.

Ustaz Din: Hangpa sembahyang ape?

Nik: Sembahyang Zorro, Ustaz.

Zul: Wei, sembahyang Zohor lah.

Ustaz Din: Tengok tu, nama sembahyang ape pun kau tak tau ye. Sembahyang Zohor berape rakaat??!!!

Nik: Errr.. 2 rakaat.

PANGGGG!!!!.. dua das pelempang hinggap kat pipi Zul dan Nik, kiteorang yang berada kat luar surau tu, separuh mati nak menahan gelak dengan jawapan yang diberikan oleh Nik tu. Tulah yang terjadi bile kite ni ambik lewa jer perkara tentang hal solat ni, nama solat dan berapa rakaat solat pun banyak yang anak Melayu sekarang tak tau. Aku pun taklah alim sangat tapi sejak kejadian tu, aku cuba elakkan dari meninggalkan solat dengan sengaja. Sejak dari peristiwa tu jugak kiteorang panggil si Nik tu dengan nama baru dia iatu Zorro... hehehehehe

Sekian...


Outside Vs Inside

Oct 20, 2009

Pada sabtu yang lepas ni, aku banyak tidor jer sebab seminggu aku kepenatan buat keje-keje yang ade kat meja aku. Nak pulak sekarang ni aku buat part time repair dengan jual handphone original dan ap pun ade (sape nak repair ke beli baru ke, aku boleh tolong dapat harga murahlah... hehehe promote). Biler malam, Acoi (bisnes partner aku) mengajak aku pergi ambik handphone sorang customer yang berurusan dengan kiteorang. Dia ni beli handphone jenis SonyEricsson model yang baru W995 original (banyak duit dia ni), so kiteorang pun bergerak ke tempat supplier handphone kiteorang tu.

Sampai kat tempat supplier tu, aku pun belek-belek handphone tu, masukkan lagu, games, themes dan macam-macam lagi application yang owner handphone ni nak lah. Lepas dah puas hati membelek handphone tu (handphone mahal sape tak nak belek), kiteorang pun bergerak balik ke rumah. Acoi terus menuju ke highway NKVE sebab nak mengelakkan jalan town Klang yang sangat jem teruk sekarang (boleh giler mengadap jem ni). Sambil Acoi drive kereta, aku pulak masih lagi sibuk membelek handphone tu macam orang jakun, bukan ape nanti owner tu tanye ape-ape pasal handphone tu bolehlah aku jawab nanti.




Dalam pertengahan perjalanan kat highway tu, kiteorang yang berada di line tengah berasa sangat kagum dengan kereta yang berada kat line kanan tu (line laju). Sebijik kereta Ferrari F430 berwarna merah pearl dengan megah berada di line kanan tu, kelajuan sekitar 90 km/j. Macam batak kejaplah aku dengan Acoi tengok kereta Ferrari tu, bunyi kereta tu pun dah macam iras-iras kereta F1 dah. Tak puas hati dengan pandangan yang kurang jelas, aku suruh Acoi laju sikit biar rapat dengan kereta tu, senang aku nak perhatikan kereta tu luar dalam.

Baru jer kereta Acoi selari dengan kereta Ferrari tu, ade pulak sebijik kereta Wira SE warna merah dengan laju datang dari arah belakang kereta Ferrari tu. Biler Wira tu dah dekat dengan Ferrari tu, driver Wira tu dengan sombong bagi high beam kat Ferrari tu. Driver Ferrari tu yang mungkin terasa tercabar dengan perbuatan driver Wira tersebut, terus pecut kereta dia full pedal, macam pelesit kereta Ferrari tu tinggalkan Wira tu. Macam nak mati jer aku tengok Driver Wira tu tekan pedal nak mengejar Ferrari tadi yang dah hilang dari pandangan aku.




Aku dengan Acoi terus gelak berdekah-dekah tengok driver Wira tu terus slowkan kereta dan ambik line tengah betul-betul depan kereta Acoi. Mungkin dia malu tahap cipan kot atas insiden tu yang diperhatikan ramai manusia. Walaupun aku bengang sikit sebab tak dapat tengok Ferrari tu puas-puas, tapi terhibur dengan lawak cipan driver Wira tu yang tak ukur kereta di poket sendiri. Berangan nak pintas kereta buatan luar negara yang memang kite dah tau tahap lajunya dengan menggunakan kereta buatan kite yang standard lagi suci. Aku tak kutuk kereta buatan kite tapi benda ni memang lawak pada aku hahahahahaha...

Sekian...



Blog Widget by LinkWithin