Nasib????

Nov 29, 2010


"Bile kite nak pakai kereta tu yek?"

Kata-kata member rapat aku yang bernama Acoi yang terus membuatkan aku terdiam beribu-ribu lemon eh.. beribu-ribu bahasa. Kereta yang ditunjukkan oleh jari Acoi tu adalah sebuah Mitsubishi Lancer 10 berwarna merah. Beberape kali jugak aku terdengar ayat dari member di tempat kerja aku yang mengatakan harga kereta tu murah je, baru RM120,000.00 jer. Telan air liur aku dengar ungkapan member aku yang mengatakan harga kereta tu murah jer.

Hakikatnya berape ramai anak melayu kite yang mampu beli kereta yang dikatakan murah tu?. Berape kerat anak bangsa kite yang berjaya dalam bidang yang diceburi hingga boleh dilabelkan kaya dan mampu untuk membeli kereta yang murah tu?. Berape ramai pulak anak melayu kite yang berjaya yang nak membantu anak bangsanya yang lain untuk sama-sama berjaya?. Berape ramai pulak anak bangsa kite yang hancur, yang miskin, yang susah, yang buat jenayah, yang menjahanamkan bangsa sendiri, yang tak kisah bangsa sendiri hancur asalkan diri sendiri berjaya?.

Jawapannya ade pada diri sendiri, pada diri sendiri yang nak merubah diri, yang nak berjaya dan nak memajukan bangsa kite yang agung ni. Tujuan aku bukanlah nak berpidato ataupun nak berpolitik sebab aku pun tak minat nak berpolitik, tapi sekadar nak berkongsi cerita dan nasib yang rata-rata semua orang rasa. Aku sendiri pun rase sedih dengan kehidupan aku sendiri, setakat gaji cukup-cukup makan jer, belum lagi nak menanggung anak orang, duduk pun kat rumah mak bapak lagi.

Macam-macam cara aku dah try untuk menambah pendapatan, buat macam-macam kerja part time tapi tak kemane jugak. Kadang-kadang rase jeles jugak tengok orang lain tak payah pun buat kerja part time nak dapat duit yang mencukupi, buat kerja sendiri jer. Tapi aku tetap bersyukur dengan hidup aku walaupun aku cukup-cukup makan jer, tapi aku ade family yang sentiasa menyokong aku dari belakang, ade kerja yang agak menjamin dan yang penting ade rezeki yang dikurniakan dari Allah....

Alhamdulillah.................




Blog Widget by LinkWithin