Ibu Negeri Ku

Dec 28, 2009

Kisah yang berlaku zaman persekolahan aku dulu, sewaktu aku baru berada di tingkatan 4. Boleh lah nak cakap yang aku ni muda lagi masa tu ye tak? (muda lah sangat). Kejadian berlaku pada hari Isnin ketika kiteorang semua berada di dalam dewan sekolah untuk menghadiri sesi perhimpunan (event yang paling malas aku nak attend). Boleh dikatakan sape yang bersekolah kat sekolah aku tu bangga sebab perhimpunan diadakan di dalam dewan daripada murid sekolah lain yang terpaksa berhimpun kat padang tengah panas terik (ni pun jadi hal bergaduh antara sekolah).

Aku belum menjadi taiko besar kat sekolah sebab masih ade lagi senior yang berada di tingkatan 5, yang mane kiteorang terpaksa hormat. Kebetulan ade pertandingan menjawab soalan, berbalas pantun dan sajak diadakan pada perhimpunan tu, yang mane hadiahnya setakat kotak pensil je pun (konon balut macam hadiah mahal). Perhimpunan tu dimulakan dengan acara yang sangat bosan, iaitu bersajak, yang hanya disertai oleh 3 orang je, so hadiah pun dapatlah sorang satu kotak pensil (sebab hadiah sampai tempat ketiga je).

Selepas itu, acara berbalas pantun antara wakil kelas-kelas yang cukup kecoh dan heboh, sebabnya banyak pantun yang tak mengikut bait dan rangkap pun, main balun ikut suka hati tengkorak masing-masing jer. Aku dan member-member yang lain tak join sebarang pertandingan sebab tak nak malukan diri sendiri dan lebih suka menonton sambil gelakkan orang (perangai sikit macam setan). Sampai acara terakhir iaitu menjawab soalan-soalan dari cikgu-cikgu yang terpilih untuk memberikan soalan maut (tapi hadiah tetap sama jugak). Aku dan member-member tetap macam biasa tak nak melibatkan diri, sebab nak mengelakkan malu. Tiba-tiba...

Cikgu Rahman: Ape ibu negeri Selangor?

Dengan pantas Nik a.k.a Zorro mengangkat tangan dan terus meluru naik ke pentas sebab nak menjawab soalan tu.

Cikgu Rahman: Hah! ape jawapannya?

Nik: Apelah cikgu ni tanyelah soalan susah-susah sikit. Jawapannya Pandamaran lah.

Cikgu Rahman: Ape bangang ko ni, jawapannya Shah Alam lah!!!

Dengan sepantas cencorot, Nik pun turun dari pentas sambil tersenyum macam kambing yang tak tau erti korban, dan melarikan diri dari dewan tu. Kadar ketawa yang diterima oleh Nik jugak sangat memberangsangkan, satu dewan gamat dengan gelakkan, pekikkan dari semua murid yang ade. Aku hanya mampu tersenyum sebab aku dah tau yang Nik tu memang sengal tahap binturong yang tengah tidor.


Sekian......




12 comments:

~AmyLiana8886~ said...

muncul jugak ek miji nie..pandamaran??? hehe..dah la confident.teringat la zorro jawab pasal sembahyang zhr tu..hehe.men jawab je die.

♠♥♠ayudeadwish♠♥♠ said...

dia tak terer geografi~
wakakakaaa~
tu la akibat slalu monteng klas sejarah

~0~ said...

hahahaha...bijak yang amat...

pandamaran yang xtahan tue....superb la...

relevan said...

Naya betul Zooro..nasib tak Port Kelang ibu negeri Selangor..

Frodo Baggins said...

muahahhahahahahahha ... wa tabikkk zorro!!!!! selamat didunia mahupun akhirat dowh!!! bijak2 ... ni mesti makan ubat kuat lebih ni, bijak semacam jerk!!!


>>___________<<

happy new year!!!

IxoR@ said...

Hahahahha...

Nasib baik dia tak jawab "Andalas"....wakakakakaaaa....

:P

aRien de GreaT said...

nape bijak sgt nih.. :P

Nini teDDylicious said...

apekah..??

pandamaran..?? sepak jek tinge die bagi berdamar!!

oww..aku sdg komen blog mijikah ini..?? muncul juge kau..

psst : skola aku dulu pon assembly dalam dewan laa woii..

redNing said...

lanun darat nih kejap timbul...lama tenggelam..

Cik Cookie said...

zorro kat mana skrg?

honey bunny shazni:)) said...

lawak2x..hahahahaha...
xabez gelak ag nih..
pocik miji la nih..=)

Dj Epoi said...

Penulisan Lu....dah nak hampir ngn Abg Lu siut!!

Apa khabaw Lanun?

Sunyi jugak kat sini ruponyoooooo!!

Blog Widget by LinkWithin