Pada sabtu yang lepas ni, aku banyak tidor jer sebab seminggu aku kepenatan buat keje-keje yang ade kat meja aku. Nak pulak sekarang ni aku buat part time repair dengan jual handphone original dan ap pun ade (sape nak repair ke beli baru ke, aku boleh tolong dapat harga murahlah... hehehe promote). Biler malam, Acoi (bisnes partner aku) mengajak aku pergi ambik handphone sorang customer yang berurusan dengan kiteorang. Dia ni beli handphone jenis SonyEricsson model yang baru W995 original (banyak duit dia ni), so kiteorang pun bergerak ke tempat supplier handphone kiteorang tu.
Sampai kat tempat supplier tu, aku pun belek-belek handphone tu, masukkan lagu, games, themes dan macam-macam lagi application yang owner handphone ni nak lah. Lepas dah puas hati membelek handphone tu (handphone mahal sape tak nak belek), kiteorang pun bergerak balik ke rumah. Acoi terus menuju ke highway NKVE sebab nak mengelakkan jalan town Klang yang sangat jem teruk sekarang (boleh giler mengadap jem ni). Sambil Acoi drive kereta, aku pulak masih lagi sibuk membelek handphone tu macam orang jakun, bukan ape nanti owner tu tanye ape-ape pasal handphone tu bolehlah aku jawab nanti.
Dalam pertengahan perjalanan kat highway tu, kiteorang yang berada di line tengah berasa sangat kagum dengan kereta yang berada kat line kanan tu (line laju). Sebijik kereta Ferrari F430 berwarna merah pearl dengan megah berada di line kanan tu, kelajuan sekitar 90 km/j. Macam batak kejaplah aku dengan Acoi tengok kereta Ferrari tu, bunyi kereta tu pun dah macam iras-iras kereta F1 dah. Tak puas hati dengan pandangan yang kurang jelas, aku suruh Acoi laju sikit biar rapat dengan kereta tu, senang aku nak perhatikan kereta tu luar dalam.
Baru jer kereta Acoi selari dengan kereta Ferrari tu, ade pulak sebijik kereta Wira SE warna merah dengan laju datang dari arah belakang kereta Ferrari tu. Biler Wira tu dah dekat dengan Ferrari tu, driver Wira tu dengan sombong bagi high beam kat Ferrari tu. Driver Ferrari tu yang mungkin terasa tercabar dengan perbuatan driver Wira tersebut, terus pecut kereta dia full pedal, macam pelesit kereta Ferrari tu tinggalkan Wira tu. Macam nak mati jer aku tengok Driver Wira tu tekan pedal nak mengejar Ferrari tadi yang dah hilang dari pandangan aku.
Aku dengan Acoi terus gelak berdekah-dekah tengok driver Wira tu terus slowkan kereta dan ambik line tengah betul-betul depan kereta Acoi. Mungkin dia malu tahap cipan kot atas insiden tu yang diperhatikan ramai manusia. Walaupun aku bengang sikit sebab tak dapat tengok Ferrari tu puas-puas, tapi terhibur dengan lawak cipan driver Wira tu yang tak ukur kereta di poket sendiri. Berangan nak pintas kereta buatan luar negara yang memang kite dah tau tahap lajunya dengan menggunakan kereta buatan kite yang standard lagi suci. Aku tak kutuk kereta buatan kite tapi benda ni memang lawak pada aku hahahahahaha...
Sekian...
Outside Vs Inside
Posted by miji at 1:00 PM 25 comments
Baru Bangkit Dari Kubur!!!!
Assalammualaikum...
Ape khabar korang sumer, amacam tajuk entry aku tu? hehehehe... pertama sekali aku tau ramai yang mengamuk sebab aku dah lame tak update blog aku ni. Jangan kata sawang jer yang ade kat blog aku ni, siap dah berabuk, bersemak, berpasir, semualah. Aku tersangatlah bz dengan kerja-kerja aku yang terpaksa disetelkan dengan kadar segera (dah mengalahkan buruh binaan dah). Kepada Jezz, Nini, The Reds, Fhad, Easza, Dj Epoi dan lain-lain bloggers yang dah mengamuk dan bertanyakan aku menghilang kemana tu, aku mintak maaf sebab tak dapat nak mengupdate blog aku.
Hari ni aku free sikit, so petang kang aku post entry baru yek, aku mintak sorry kat korang hehehe... sekarang ni aku nak serbu blog Nini, Jezz, Amyliana, Fhad, The Reds (padan muka Liverpool kalah), dan sape-sape lagi lah....
Sekian.....
Posted by miji at 12:50 PM 25 comments
Muka Aku Yg Sebenar (a.k.a Miji The Lanun)
Sejak aku berblog, aku tak pernah tunjuk muka sebenar aku kat korang dan rakan-rakan blog yg lain. Ade sebab kenapa aku tak letak gambar aku kat blog ni, sebab aku tak minat bergambar, tu yang tak banyak gambar aku kat dunia ni. Nanti aku citer kenapa aku tak suka bergambar kat korang, baru korang tau citer sebenar nanti. Tapi hari ni aku akan tunjuk gambar aku kat blog ni untuk tontonan korang semua. Lagipun dah ramai kawan-kawan blog aku nak tengok muka aku ni (bukan hensem pun, cute jer hahahahaha), macam Jezz, Amy Liana, so hari ni aku puaskan lah hati korang yek.... Sila lah tengok gambar aku di bawah ni....
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
HAAAAAA!!!!... amacam cute tak gambar aku ni? hehehehe ni gambar aku masa kecik dengan abang aku yang sulung (si Cerpelai tulah). Masa kecik-kecik dulu, kulit aku putih gebu dan agak tembam sikit, orang kampung pun gelar aku si tembam. Tapi dah besar, dah tua ni aku dah kurus, dan kulit pun dah transform jadi Darth Vader (nama pun lanun) hehehehe....
p/s: jangan marah yek, gambar tu je yang aku dapat tunjuk kat korang, jadilah yek dari takde hehehehe...
Posted by miji at 12:35 PM 27 comments
Akulah Ketua Itu
Citer ni berlaku sewaktu aku tengah galak merempit dengan motosikal, ketika itu umur aku baru belasan tahun jer (kira tak berape nak matang lagi ler). Time tu aku rase dalam tingkatan 4 atau 5 kot, aku agak liar sikit mase tu, maklumlah sekolah pun lelaki jer, perangai pun agak macam setan sikit. Aku join bebudak motor kat tempat aku yang adelah dalam seramai 15 orang ahli, yang bestnya team aku ni punyalah baik, dalam 15 orang tu cuma 4 orang jer yang hisap rokok, aku dan baki yang lain tak hisap rokok (katakan tak nak kepada rokok).
Cuma yang tak baiknya kiteorang ni suka berlumba haram antara ahli team motor kiteorang ni, sape yang kalah kena isi minyak motor yang menang (full tank). Satu hari tu kiteorang semua dah bosan melepak dan berlumba haram ni, masing-masing cuba nak bagi idea untuk menghilangkan bosan. Tiba-tiba Zam bersuara, "Jom kite kejar anjing nak?, pastu kite baling dengan batu, bagi anjing kurang sikit kat taman perumahan kite ni". Yang lain pun terus setuju je memandangkan masing-masing dah bosan tahap dewata raya pun. Maka bermulalah plan kiteorang mengejar dan menghambat anjing tu dengan batu dan kayu, habis semua anjing dan anak-anak anjing kat taman perumahan tu kiteorang hambat.
Tak cukup kat taman perumahan kiteorang je, taman perumahan sebelah pun kiteorang hambat anjing-anjing tu, tak aman hidup anjing-anjing tu. Time tu baru dengar je bunyi motor, anjing-anjing yang ade terus lari melintang patah eh.. lintang pukang, belum sempat kiteorang nak kejar, betapa takutnya anjing-anjing kat situ dengan team aku. Satu malam tu tengah kiteorang menghambat anjing sampai lari dari taman perumahan aku, member aku yang bernama Deli menjerit.
Deli: Akulah ketua anjing!!! (sebenarnya nak cakap ketua pemusnah anjing).
Kiteorang: Hahahahaha!!!!
Pipi: Ape sengal kau ni cakap kau ketua anjing hahahaha!!!
Deli: Eh, tak lah aku ni anjing select!!! (sebenarnya nak cakap pemusnah anjing yang terpilih).
Acoi: Hahahaha!!! bodoh betul kau ni, ape yang kau nak cakap sebenarnya? kau ni jenis anjing polis ke? terpilih konon.
Kiteorang: Hahahahahaha!!!
Deli: Ape aku cakap ni???? bodohnya aku.
Sampai berguling-guling jugaklah kiteorang gelakkan si Deli tu, macam nak pecah urat tengkuk aku gelak. Deli yang malu terus buat muka bodoh sambil sambung kejar anjing yang ade, kiteorang pulak terus gelak sampai puas. Deli ni memang ade masalah percakapan, kadang-kadang dia bercakap tanpa berfikir, tu yang selalu salah je dia sebut.
Start dari hari tu sampailah sekarang, kiteorang panggil Deli ni "Dog", sebab peristiwa ketua anjing tu, Deli pun dah biase dan tak kisah dah kiteorang panggil nickname dia camtu. Mula-mula tu dia mengamuk jugak bile kiteorang panggil dia Dog, tapi lama-lama dia pun tau dia tak boleh buat ape-ape. Pengajaran dari citer ni, sila berfikir dulu sebelum buang eh... sebelum cakap.
Sekian....
Posted by miji at 12:30 PM 26 comments
Jawapan Periksa Yang Jujur
Citer ni berlaku masa zaman aku berada di tingkatan 5, aku ni bersekolah di sekolah lelaki sajer, tak bercampur dengan perempuan. Jadi tahap kenakalan budak-budak kat sekolah aku ni memang melampau dari tahap dewa. Kalau kes bargaduh antara pelajar tu dah jadi perkara biase kat sekolah aku, sampai mati pun ade dorang bergaduh. Dulu mase aku mula mendaftar tingkatan 1 kat sekolah tu, hari pertama orientasi jer dah ade yang bergaduh sampai mati depan mata aku, takut jugak aku tengok.
Oklah kite sambung citer aku tadi, masa di tingkatan 5, aku dah jadi senior kat sekolah tu, geng2 aku antara yang jadi kepala nakal kat sekolah tu. Aku sendiri kena panggil ketua geng 6 Jahanam, sebab aku dan 5 orang lagi member aku berkawan rapat, pergi mane2 pun enam orang ni jugak. Kalangan kawan-kawan yang lain pun semuanya otak biul dan sewel gak macam aku, sampai kadang-kadang cikgu pun malas nak melayan kiteorang.
Antara 6 sekawan ni, ade sorang member aku yang sangat sewel otaknya, dia ni bernama Rafiq tapi kiteorang panggil dia Botak je senang (adelah sengal macam member aku Pipi tu). 5 lagi bernama Tabak, Alif, Are-nip, Syaf dan Miji (akulah tu hehehe..). Kejadian ni berlaku masa kiteorang baru lepas menjawab kertas peperiksaan SPM subjek Sains, aku dan 5 lagi member aku pergi melepak kat kantin sambil berborak hal soalan SPM tadi.
Syaf: Soalan yang dia tanya berikan penjelasan mengapa berlaku pembakaran di luar tabung uji tu korang jawab ape?
Aku: Aku bedal je, tak ingat pulak ape aku tulis tadi.
Are-nip: Ala tu senang je, aku jawab sebab ade oksigen di luar tabung uji.
Alif: Oh tu ke jawapannya?
Are-nip: Agaknyalah kot, kau jawab ape Botak?
Dengan muka selamba Botak menjawab
'
'
'
'
'
'
'
Botak: Hanya Allah yang maha mengetahui.
Punyalah sempoi si Botak ni jawab soalan SPM camtu, nak hancur masa depan agaknya. Tapi kiteorang punya gelak macam nak pecah perut mengenangkan si Botak tu punya selamba jawab camtu walaupun kiteorang dah tau yang dia tu memang sewel. Memang tak salah jawapan Botak tu, memang Allah tu maha mengetahui, aku pun tak menafikannya, tapi kalau jawab camtu time soalan SPM subjek Sains, nak ke dorang terima. Lepas result SPM keluar, Botak dapat 5C untuk subjek Sains, kira berbaloi lah jugak kot dia jawab camtu. Entahlah...
Sekian...
Posted by miji at 2:15 PM 31 comments
Award Dari Nini & Tag Dari Amyliana & Sutera Kasih (Yann)
Assalammualaikum...
Hari ni baru aku berkesempatan nak update blog aku, maklumlah bz dengan keje-keje aku ni yang memang berlambak ni. Aku nak mintak maaf lah kepada Nini, Amy Liana & Sutera Kasih (Yann) sebab lambat nak post award dengan tag yang korang bagi ni
Ni pulak tag dari Amy Liana & Sutera Kasih
- age: tak ingat...dah tua..
- birthday: dah lepas dah
- eye colour: cekelat kot..tak pun hitam
- talent: boleh membuat loyar buruk tanpa berfikir hahaha..
- favourite thing to do: main game...tido
- favourite movie: star wars..transformers.. etc
- best friend: ramai..malas nak mention..
- who do you hate: ramai jugak..malas nak mention..
- do you have a pet: yes
- if so whats its name: tah..panggil wooiii je
- favourite colour: red, black and white
- where were you born: salak tinggi, sepang
- your grade: politeknik
FINISH THE QUESTION
- i love: love u too...
- i can: tido
- i just: want to finish answering this question
- i wonder: what u are
WHAT WERE YOU
- doing last: finish my work..
- the last song you heard: the others by cromok
- what are you wearing: pakaian lah, ape punya soalan tah..
- who were you talking to last: my officer
- when was the last time you cry: tak ingat
- what was the last movie you watched: G-Force (merepek punyer citer)
Siap pun, sape2 nak buat sile ambik yer.. kang aku paksa korang marah pulak hehehe... Sekian..
Posted by miji at 8:38 AM 14 comments