Betul Ke?

Jul 26, 2009

Sorilah lama tak update blog aku ni, maklumlah sekarang dah menimbun keje, time-time sekarang ni memang keje aku tengah banyak, nak pulak dekat-dekat nak raya ni. Kena setelkan keje sebelum nak cuti raya ye tak.

Balik jer keje ari tu, aku pun melayan lah tv sorang-sorang, sebab mak dengan adik pompuan aku merayap ke rumah jiran sebelah (bergosiplah tu hehehe). Time tu cerita 'Orang Minyak' tengah disiarkan lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee (bukan yang versi Malik Kombo tau). Tiba-tiba mata aku tertengok (betul ke tertengok ni?) terpandang lah kot kat laman chat sebelah tu (ala channel @15), ada sorang pompuan ni mengadu nasib dia kena tinggal dek suami time tengah sarat mengandung. Laki dia tu sibuk melayan kawan-kawan dari dia, dan melebihkan kawan dari isteri dia sendiri yang sarat mengandungkan anak pertama dia.

Masa tu ramailah kaum Hawa ni dok menyokong statement si isteri tu tadi, sambil mengutuk-ngutuk kaum Adam yang bergelar suami. Ada yang cakap kaum lelaki ni tak sedar diri, suka buat tapi tak nak tanggung, biar bini jer yang tanggong, dan bermacam-macam lagi jenis kutukan yang ade (terasa jugak aku time tu, dah aku ni spesis lelaki jugak kan). Tapi tak sampai seminit, bertalu-talu mesej dari kaum lelaki ni membela nasib kaum sendiri. Komen-komen dorang tu termasuklah yang berkata si isteri tak pandai melayan suami sampai dia jadi bosan, tak kurang jugak yang cakap perangai si isteri ni buruk, dan berbagai-bagai lagi.

Aku teruskan membaca pergaduhan dorang di laman sembang ni sampai lah si isteri yang mengadu nasib ni tadi berhenti bersembang dah, barulah kes ni dah tak diperkatakan lagi.

Pada akulah, hal ni hal yang peribadi, tak baik kita membuka pekong di dada sendiri. Seburuk mana pun perangai si suami tu tadi, dia tetap suami dan harus di hormati. Ini soal maruah keluarga, baiklah di selesaikan dengan cara yang elok dan sesuai. Aku tak menolak kemungkinan yang perangai si suami tu buruk sebab dah nama pun lelaki ni tak berapa nak sensitif sangat kalau nak dibandingkan dengan pompuan, dan si isteri tu pulak dah lama sangat makan hati dengan perangai si suami tu sampai menjadi tekanan perasaan, tapi si isteri tu perlulah bawak berbincang hal ni dengan suami dengan elok. Kalau tak membawa perubahan jugak, rujuklah kes ini ke kaunseling, mungkin di sana akan dapat jalan penyelesaiannya. Dari melepaskan perasaan tak tentu hala camtu.

Ni pandangan akulah, tak taulah kalau korang macam mana. Aku pun sekadar bercakap menggunakan akal aku dan pengetahuan yang ada je. Kalau salah tu 'Lu Pikirlah Sendiri' Assalammualaikum...

4 comments:

jai.jezz ^.~ said...

erm.. seburuk mana suami @ isteri kita x yah la dok citer kat org lain.. betul tak..??

miji said...

jai.jezz:
betul.. betul.. betul..
benda ni hal peribadi, tak salah berbincang dan bagi peluang utk berubah dari buruk ke baik, sedangkan nabi ampunkan umat, apelah kita ni nak dibandingkan dengan nabi kita

MiSsyLiLy said...

ya btoll.. zaman skng kan mcm2 kes.. kene bwk bincang.. br la aman umah tangga.. ecehhh..

miji said...

missylily:
betul tu, aku pun tak kawin lagi, tapi kes ni bleh jadi panduan idop utk kite yg nak berumah tangga, kalau nak idop bersama, susah senang kena tanggung bersama.. ye tak? (pandai jer aku nie)

Blog Widget by LinkWithin