Jika Ku Kenang Kembali

Jul 18, 2009

Pernah ke korang semua terpikir kesudahan hidup diri sendiri? Peliklah kalau korang tak pernah nak terpikir kan.


Masa aku di bangku sekolah dulu, aku tak pernah nak terpikir akan hal ni. Pada aku hal ini semua tak penting dan aku rasa tak pernah sedetik pun terlintas dalam kepala otak aku yang agak berjambul ni. Maklumlah budak sekolah yang masih belum matang lagi, dalam semua aspek pun aku tak amik berat. Nak dijadikan cerita, aku ni aktif dalam sukan badminton sejak dari sebelum tadika lagi. Semua adik beradik aku aktif dalam sukan ni. Mane taknya, dah bapak aku jadi cikgu dan orang yang menyokong kuat kiteorang dalam sukan ni, sebab dia pun dahulu kalanya seorang pemain badminton yang hebat. Jadi pada anak-anak dia lah dia nak curah ilmu ye tak?


Balik semula pada kes di bangku sekolah aku tadi. Dah aku ni aktif sukan, jadi aku amik lewa je hal-hal belajar kat sekolah. Nak pulak dapat kawan-kawan yang sama tahap perangai masing-masing macam setan mengalahkan pelesit. Jadi aku pun terhasutlah konon, padahal aku lah jadi ketuanya. Apa yang cikgu ajar kat depan tak lagi masuk kat kepala, kiteorang kat belakang sibuk jugak buka buku, tapi bukan mencatit sebaliknya main wayang je bagi cikgu ingat kiteorang ni catit lah konon.


Nak dijadikan cerita pada pertengahan tempoh pembelajaran aku di tingkatan 4, aku ditimpa kecederaan atau omputih cakap injured kat kaki kanan aku. Masa tu habis masa depan aku dalam dunia sukan badminton ni. Aku dah jadi macam ayam hilang taji dah masa tu dan pihak pengurusan mengugurkan nama aku dalam skuad badminton Selangor dan sedihnya hati aku ni Tuhan jelah yang tau. Mane taknya tahun tu nama aku dah dicalonkan dalam senarai yang akan ke Akademi Badminton Malaysia yang berada di Bukit Jalil. Hasrat aku terpaksa dilupakan pada masa tu jugak. Ayah aku jugak terasa sedih kerana aku tak dapat menyambung hasratnya untuk melihat anaknya sendiri mewakili Malaysia dalam sukan yang amat dia minati.


Balik ke sekolah, cikgu kerap memerli aku dengan sindiran-sindiran yang pedas mengenai kegagalan aku untuk masuk ke akademi tersebut dan menyatakan aku ni berbangga dengan sukan yang tak boleh bagi aku jaminan untuk hidup senang. Dalam diam aku mula mengakui kebenaran kata-kata cikgu ku itu. Walaupun aku berbakat dalam bidang sukan tapi itu tak bermakna pelajaran itu tak penting. Aku mula memasang tekad untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.Cikgu yang mula perasan akan perubahan aku turut sama cuba membantu untuk aku berjaya dalam peperiksaan SPM nanti.


Akhirnya aku berjaya mendapat keputusan yang agak baik dalam peperiksaan SPM pada tahun tu. Walaupun tak sehebat mana, tapi aku tetap berbangga dapat memperbaiki tahap pelajaran diri aku sendiri. Cikgu aku pun dah minta maaf sebab selalu menyindir aku dulu. Tapi aku tak kisah kerana pada aku, dia lah yang telah menyedarkan aku dari kedegilan dan keegoan aku selama ni yang membuatkan aku terlupa akan kepentingan pelajaran. Sekarang aku sudahpun bekerjaya dan akhirnya aku mampu tersenyum untuk menempuh dunia yang serba penuh dengan cabaran dan dugaan ini. Pengalaman telah banyak mendewasakan aku untuk memahami selok belok kehidupan.

6 comments:

Fieza a.k.a ibu Qaisz + Dayana + Anas said...

cissss ko..
kurang asam gelugur punya adik ipauu...
ko kate akak gile glamer??...
hahaha..

fedulikkkk...kahkah...

miji said...

hehehehe memang gilo glamer pun

Fieza a.k.a ibu Qaisz + Dayana + Anas said...

apa ada hal akak giler glamer..
ko pon bleh nompang glamer gak hape...
kihkihkih!!

hawat tak letak gambo "Mak Ngah" kat sini..
takut saham jatuh erk..

lalalalarikkkssssssssssss...........

miji said...

sebab saya dan dia tak giler glamer hahahaha

cerpelai said...

Waahh.. Sedih laa cerita ko nih!! Keluar air peluh kat celah ketiak gua dibuatnya..

miji said...

cerpelai:
ek enteh, jeles lah tu, hahahaha

Blog Widget by LinkWithin