Al-kisah Sembahyang Raya Di Perantauan

Sep 29, 2009

Assalammualaikum..

Lama aku tak mengupdate blog aku ni, dah bersawang dah aku tengok, betul punya pulun cuti aku ni hehehe. Sebenarnya aku masih lagi takde mood nak menulis kat blog aku ni, dengan tensen kerja dan masalah yang aku hadapi, terase malas nak menaip. Tapi sebab aku dah malas nak buat keje aku, baik aku layan blog aku jap hehehe.

Oklah, kembali pada tajuk yang aku nak citerkan kat korang, pasal hal sembahyang raya tempoh hari. Pada hari ahad yang lalu bersamaan 1 Syawal, aku dah bangun seawal pukul 7.30 pagi (ceh..awal ke tu), aku mandi dan bersiap nak ke masjid. Dengan memakai baju melayu hijau (tahun lepas punya), aku bergerak ke masjid bersama-sama ayah dan adik laki aku dengan menaiki kereta pakcik aku.

Sampai je kat masjid, aku terus masuk ke dalam dan duduk kat satu barisan bahagian tengah masjid. Tempat aku ni sebahagian kampung, so ramai orang-orang yang pegi sembahyang raya kat masjid ni, tiap-tiap tahun pun penuh sampai ke luar masjid (pernah gak aku tak dapat sembahyang raya sebab penuh hehehe). Selang 2-3 minit, sampailah member-member aku kat masjid tu dan dorang pun duduk kat sebelah aku (aku kapten maa..). Selesai sembahyang raya, kiteorang pun balik ke rumah masing-masing untuk aktiviti makan-makan dan bermaaf-maafan antara keluarga.

Dalam pukul 10.30 pagi camtu, Acoi call aku, ajak datang beraya kat rumah dia, aku pun terus cakap orait je (duduk rumah pun bosan gak). Sampai kat rumah acoi, ramai member-member aku yang lain dah terconggok kat rumah Acoi tu, kiteorang pun berbual kosong sambil buat lawak bodoh. Tiba-tiba Pejal bersuara, ayatnya seperti dibawah.

Pejal: Aku kadang-kadang rasa bangga gila dapat sembahyang raya kat luar negara ni.

Acoi: Ape kau ni dah gile ke? pagi tadi kan kau sembahyang kat sebelah aku je

Aku: Tah, buang tebiat kau ni, mabuk ke?

Pejal: Laa.. takkan korang tak perasan, tempat kite ni kan banyak kilang, tiap-tiap tahun pun orang-orang Bangla, Nepal, Indon yang meramaikan masjid tempat kite ni. Aku dah rasa macam sembahyang kat luar negara dah, bukan kat Malaysia hahahaha..

Aku: Betul gak cakap kau tu, camne masjid tak penuh sesak, penuh dengan orang Bangla je hehehehe...

Acoi: Kira aku setuju lah dengan cakap kau tu, selalu cakap kau ni tak boleh pakai satu pun, tapi hari ni baru aku perasan otak kau ni berfungsi jugak yer...

Pejal: Kepala hotak kau!!!

Kiteorang: Hahahahahahahaha....

Tepat pukul 12.00 tengahari aku pun blah dari rumah Acoi, sebab nak balik ke kampung aku kat Perak nun. Bila aku fikirkan balik cakap Pejal tu memang ade betulnya, negara kite ni dah kembali dijajah oleh bangsa asing ni. Tapi aku tak menyalahkan bangsa kite yang dikatakan punca masalah kebanjiran bangsa asing kat negara kita ni berlaku sebab bangsa kite ni dikatakan memilih kerja. Semua orang nak berjaya, terpulang pada hak individu lah nak mencari kerja yang macam mane pun. Aku tak nak komen lebih-lebih pasal isu sentitif ni hehehe... Ape pun lu orang pikirlah sendiri...

Sekian...



Acapan eh... Ucapan

Sep 17, 2009


Di sebabkan aku bz yang amat untuk menyetelkan keje-keje aku sebelum aku boleh bercuti dengan happy selama seminggu, so aku mintak maaf banyak-banyak pada semua rakan bloggers, di mana aku tak sempat nak jengok blog korang. Aku pun tak dapat nak update blog aku sangat, hari ni last aku entry post sebab nak cuti raya seminggu. Pada semua rakan bloggers, aku ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin (batin ade ker?) pada semua bloggers yang menyokong aku, ampun sekiranya selama aku berblogging, aku ade terkasar bahasa, dan menyinggung perasaan korang semua.

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN KEPADA

*cerpelai*
*fieza*

*easza*

*jezz*

*kapten luffy*

*missylily*

*tun teja*

*nini*

*ct*

*sweetrose maria*

*missdiya84*

*tangan hitam*

*emilyrockz*

*bujang susah*

*frodo*

*b'jue corner*

*amy liana8886*
*dj epoi*

*ixora*

*abang besi*

*ayudeadwish*
*yoro okino*

*hanilopiplopz*

*slap me plz*

*jard*

honey bunny*

*sutera kasih*

*fhad*

*metamorphosis boy*

*Quni*
*lifesaver*

*cookie divine*

*mai pot pet*
*relevan*


dan lain-lain bloggers yang tak aku sebut, jangan kecik hati pulok, ape pun korang memang best... hehehe.....

Aku, Dia & Karangan Itu

Sep 14, 2009

Hal ni berlaku sewaktu aku berada di tingkatan 4 pada tahun berape aku dah tak ingat sangat. Aku ade seorang kawan yang amat rapat dengan aku dari tingkatan 1 lagi, nama dia Pipi (laki ni bukan pompuan). Dia ni agak lembab sikit dalam subjek Bahasa Inggeris, dari UPSR sampai ke PMR dia dapat score 'E' dalam subjek B.I tu (sampai SPM pun fail). Dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5 dia dalam kelas kedua dalam course perdagangan, aku pulak kelas pertama, so kelas kiteorang sebelah menyebelah je.

Nak dijadikan cerita, satu hari tu kelas dorang kena berkongsi dengan kelas aku dalam subjek B.I tu sebab cikgu dorang cuti seminggu. Pipi ni nak jadikan aku hamba pengajar B.I pada dia, so dia cepat-cepat duduk sebelah aku dengan sorang lagi member dia bernama Zul (Zul ni pandai gak B.I macam aku hehehe). Cikgu pulak suruh buat satu karangan bertajuk " My Holiday ", cerita tentang cuti dan ape yang kite buat time cuti tulah. Awal-awal lagi Pipi dah bertanya macam-macam kat aku dengan Zul, dan menciplak sikitlah ayat-ayat aku dan Zul. Kiteorang tak pernah kisah pun Pipi ni nak menciplak ayat kiteorang, sebab nama pun member baik, tapi cikgu yang perasan Pipi ni tengah meniru ayat kiteorang, terus sound kat dia.

Cikgu: Pipi!!, buat ayat sendiri, bila nak pandai kalau asyik meniru ayat orang je.

Pipi: Yelah cikgu.

Lepas dah tamat masa yang diberikan oleh cikgu tu untuk menyiapkan karangan, dia pun mintak kertas semua pelajar. Terus dia ambik kertas aku, Zul dan Pipi sebab nak pastikan kiteorang tak meniru masa buat karangan tu. Mula-mula dia check kertas aku dulu, sampai habis jugaklah dia baca karangan aku, lepas tu dia baca karangan Zul pulak sampai habis. Kemudian sampai giliran karangan Pipi pulak, baru 5 minit dia baca, terus dia tergelak-gelak macam kena histeria. Korang nak tau kenape? sila baca ayat Pipi di bawah.

"One day, i want to help my mother to cook a food, first i go to supermarket to buy a can milk, but i excident to a can milk that have many to arrange (tapi saya terlanggar tin susu yang disusun banyak-banyak). I come back to home and i look my mother was a rice cooker" (saya balik rumah dan tengok mak saya tengah masak nasi).

Macam manelah cikgu tu tak gelak, ade ke dia cakap mak dia periuk nasik, konon dia nak tulis mak dia tengah masak nasik. Lepas habis cikgu tu baca karangan dia, cikgu tu pun bacakan karangan dia kat semua pelajar. Macam nak mampus aku dengan member yang lain gelak dengar ayat karangan dia tu. Pipi tu pulak setiap hari Selasa langsung tak datang sekolah sebab ade mata pelajaran Bahasa Ingerris (malu kot hahaha). Pengajaran dari cerita ni, kalau tak tau tu sile bertanya, jangan tunjuk macam pandai sangat hehehehe.

Sekian....







Ape Gunanye????

Sep 10, 2009

Malam semalam, aku keluar lagi melepak dengan sahabat baik aku, sape lagi kalau bukan Acoi. Tempat melepak macam biaselah, kedai makan yang boleh kata hari-hari aku melepak kat situ (agak2 dah berape banyak duit aku melabur kat kedai makan tu??). Tengah sedap melayan citer Johan Rambot (citer Rambo lah tu), datang pulak lagi 3 orang member aku melepak sekali, iatu Pejal, Shaz dan Erin. So budak-budak bujang ni ape lagi kejenya berborak kosong jelah sambil layan tengok tv.

Aku macam biaselah, jarang nak menyampuk ape yg dorang tu berborak, aku lebih banyak layan tengok citer Rambo tu (lama tak tengok). Macam-macamlah yang diborakkan oleh member-member aku ni, dari topik politik, berita sukan, hal keje dan sampailah topik puasa ni. Acoi mula bercakap yang dia penat berkerja di luar ofis (nama pun sales person), penat berjalan dan cuaca pun panas je kat luar, lagi pulak bulan puasa ni, so tekak pun haus. Aku pun bersetuju dengan Acoi sebab aku pun kadang-kadang ditugaskan kerja di luar ofis, keadaan cuaca yang tak menentu ni buat aku jadi letih dan haus sangat.


Erin pulak mengatakan yang dia mengalami kekurangan air dalam badan, sebab kejenya hanya didalam ofis, dan aircond tu menyejat air dalam badan dia (tah betul ke tidak teori dia ni). Tiba-tiba Pejal pun bercakap yang dia sangat konsisten berpuasa sampaikan naik kering bibir dia berpuasa. Sikit air pun tak singgah ke bibir dia, menjaga puasa punya pasal.

Acoi: Sepanjang hari ko pose, langsung sikit air pun tak kena bibir ko?

Pejal: Yelah, aku pose dengan bersungguh-sungguh tau, bukan macam korang.

Acoi: Kalau camtu baik ko tak payah pose je.

Pejal: Apehal pulak?

Acoi: Dah sah-sah ko tak sembahyang, abis ko cakap sikit air pun tak kena bibir ko kan. Kalau sembahyang kan kena amik air sembahyang, so kenalah jugak bibir ko tu dengan air kan!!!. Baik tak payah pose kalau ko tak sembahyang hahahaha!!!!

Pejal: Jahanam ko!!

Camtulah keadaan Pejal dan Acoi yang pantang berjumpe mesti nak bergaduh secara sengal camtu. Kiteorang yang lain tergelak-gelak berdekah-dekah lepas dengar ape yang Acoi cakap. Ade betulnya cakap Acoi tu walaupun di sebenarnya bergurau. Di bulan yang mulia ni, kite semua hendaklah melakukan banyak amal ibadat, tak guna hanya berpuasa je semata-mata tanpa melakukan ibadat. Lagipun solat tu tiang agama dan dituntut untuk kita mengerjakannya...

Sekian...


Mendengar Itu Penting

Sep 9, 2009

Hari khamis yang lepas aku telah menghadiri satu ceramah yang bertajuk "Budaya Kerja Cemerlang" (biaselah nama pun keje gomen). Dah lah pagi tu aku memang bz giler dengan keje yang menimbun macam biase, ceramah tu pulak start pukul 11.30 pagi. Lepas dah setelkan keje yang mane sempat, dalam pukul 11.20 pagi tu aku pun bergerak ke Auditorium dengan member ofis aku yang bernama Awe (budak kelate ni). Sampai kat tempat ceramah tu, ramai dah yang duduk kat dalam, aku pun cepat-cepat ambik tempat duduk, Awe pulak duduk sebelah aku.

Tepat pukul 11.45 pagi barulah penceramah tu sampai (tak biase pergi klang katanya.. tu yang lambat), dia pun memulakanlah ceramah yang berkaitan dengan budaya kerja cemerlang tu. Oleh sebab dia tu ustaz dari Kelantan, maka ceramah dia lebih ke arah agama lah (Awe tu sukelah orang kampung dia kan). Dia selitkan lah unsur-unsur lawak dalam ceramah dia, tapi oleh sebab loghat dia loghat kelate, maka Awe tu sorang je yang gelak sebab yang lain tak berape nak faham (aku faham tapi tak larat nak gelak). Selang 30 minit, Kak Tiya call aku, oleh sebab aku duduk depan, maka penceramah tu nampaklah aku nak jawab call tu.

Kak Tiya: Nanti... jumpe Kak Jem...@@@$#$% buk.. vok..

Aku: Hah?? bubur lambok?!! ok2, saya tengah dengar ceramah ni.

Antara dengar dan tidak ape yang Kak Tiya cakap kat aku, sebab aku segan nak bercakap depan penceramah tu (dia pun pandang kerek jer kat aku). Aku terfikir jugak, Kak Jem yang mane satu Kak Tiya nak aku jumpe, sebab ade sorang di tingkat 4 dan sorang lagi kat tingkat 5. Aku pun terus jumpe Kak Jem kat tingkat 5, mintak bubur lambok, walaupun aku sendiri musykil kenapa mintak bubur lambok tengahari buta camtu.

Kak Jem: Hah?? mane ade bubur lambok kat aku, giler ko ni mintak time2 camni, kalau petang tu yelah jugak.

Dengan seribu persoalan aku pun blah dari situ, sampai kat ofis aku, aku terus menceritakan hal tu kat Kak Tiya.

Kak Tiya: Hahahahaha, ko ni apehal?? pekak ke ape? aku suruh jumpe Kak Jem tingkat 4, mintak buku vote, bukan bubur lambok.

Aku: Ceh mane nak dengar

Kak Tiya: Tulah lain kali dengar betul-betul, jangan terus letak je... hahahaha

Dengan perasaan malu, aku terus buat keje macam takde ape-ape berlaku. Satu ofis gelakkan aku hari tu, nak je aku lari keje tempat lain, camnelah aku boleh konfiden Kak Tiya mintak bubur lambok ni. Hampeh betullah, mane aku nak letak muka aku lepas ni. Pengajaran dari cerita ni, malu bertanya sesat jalan, kalau dah salah kena gelak... hehehehe.

Sekian...

Kisah Seram Ker???? (Part 7 Legaa....)

Sep 8, 2009

Mula-mula aku nak mintak maaf sebab lama sangat baru nak post sambungan citer seram yang pernah aku lalui ni. Maklumlah dengan bz keje lagi, bz buat tag lagi, mane sempat aku nak post citer yang terbaru ye tak (poyo jer... tapi memang aku bz pun). Mane bloggers yang bagi aku tag dan award tu insyallah akan aku buat bile ade kelapangan nanti, aku tau aku ade hutang tag lagi kat korang kan. So entry kali ni adelah sambungan citer part 6 yang sebelum ni aku post. Korang nak tau ape yang terjadi, bacalah yer.

Lepas dah bermacam-macam gangguan yang terjadi kat aku dan bebudak rumah sewa tu, kiteorang jadi tak tahan. Lebih dari 2 orang jugaklah yang bercadang nak pindah ke rumah sewa yang lain je (tak termasuk aku yer..). Tapi Pejal selaku ketua kat rumah sewa aku tu mencadangkan kat kiteorang supaya pergi berjumpa tuan rumah sewa tu sekali lagi untuk mintak pertolongan dari dia. So malamnya aku, Pejal, Am, Boroi dan Kerul bergerak ke rumah tuan rumah sewa aku tu. Sampai je kat rumah dia kiteorang terus mintak tolong kat dia untuk mengaturkan satu kenduri doa selamat untuk rumah sewa kiteorang tu, yelah dah dia orang Melaka, mesti dia kenal dengan tok imam surau kat taman perumahan kiteorang tu.

Tuan rumah aku bersetuju nak tolong aturkan kenduri tu dengan orang surau kat taman perumahan kiteorang tu (duit kenduri tuan rumah sponsor hahahaha..). Malam sabtu minggu tu berlangsung lah kenduri doa selamat kat rumah sewa aku tu, ramai jugaklah yang datang wakil dari surau taman tu. Lepas dah selesai kenduri doa selamat tu, kiteorang pakat-pakatlah ucap terima kasih pada yang hadir lagi-lagi kat tuan rumah sewa aku tu (yelah dah dia sponsor pulak kan). Hari ahad keesokannya pulak kiteorang mengemas rumah sebab dah bersepah dengan barang-barang kenduri malam sabtu tu (ingat bujang lelaki tak rajin ker???).

Minggu pertama selepas kenduri doa selamat tu, rumah sewa tu dah takde berlaku ape-ape gangguan lagi, punyalah happy kiteorang kat rumah tu sebab akhirnya dah bebas dari gangguan mahkluk halus tu. Tapi walau camne pun kiteorang still berjaga-jaga lagi, manelah tau buatnya 'hantu' tu menganggu lagi, tak aman lagi ler jawabnya. Lepas sebulan alhamdulillah still takde ape-ape yang tak elok berlaku kat rumah tu, kiteorang pulak setiap sebulan sekali mesti buat bacaan Yassin kat rumah tu secara beramai-ramai (sajer nak amankan keadaan kat rumah sambil beribadat ye tak..).Lepas habis semester pembelajaran masih lagi aman keadaan rumah tu, kiteorang pun dah tak berape takut dan risau lagi tinggal kat rumah sewa tu.

Masuk semester latihan praktikal, aku mendapat tempat latihan di Selangor negeri aku sendiri dan member-member aku yang lain mendapat tempat latihan di negeri dorang, so rumah sewa tu ditinggalkan kosong tanpa penghuni. Kiteorang pakat bayar sewa untuk tempoh 6 bulan yang mane kiteorang pergi menjalani latihan praktikal tu, sebab lepas habis latihan praktikal, ade lagi satu semester pembelajaran, so kiteorang malas nak carik rumah sewa lain (kira macam booking rumah tulah..). Lepas habis tempoh 6 bulan menjalani latihan praktikal di tempat yang telah ditetapkan, kiteorang akhirnya kembali ke rumah sewa tu untuk satu lagi semester pembelajaran. Keadaan rumah betul-betul suram masa ketibaan kiteorang (yelah 6 bulan tak dijaga..hampeh punya tuan rumah), segala semak dah meninggi, sampah tak terbuang. Petang tu jugak kiteorang mengemas rumah tu, tak tahan dengan keadaan rumah yang bersepah tu.

Lepas selesai mengemas kiteorang pun melepak dan berborak pada malamnya, tapi tak sangka gangguan yang berlaku kat rumah tu akan berulang lagi, korang nak tau ape yang terjadi??, tunggu sambungan Kisah Seram Ker???? (Part 8 Penamat..)

Bersambung....





Tag & Award Lagik (Dari Sutera Kasih)

Sep 4, 2009

Sekali lagi aku di tag dan diberikan award sampai 2 dari sutera kasih. Penat aku buat tag jer minggu ni, tapi takpelah, tu tanda korang sayang kat aku (chewwaahh pooddaah...). Layan jelah kat bawah ni.


1. Apakah pengangkutan yg anda gemari untuk bercuti?
kereta aku

2. Dalam seminggu, berapa kali anda kerap lupa tentang sesuatu?
macam perli aku jer soalan ni, aku memang pelupa sikit, sbb bz (bukan sbb dah tua yer..)

3. Harijadi siapakah yg anda mampu ingat?
family...tunang (ehem2)...member rapat

4. Boleh berikan sebab?
tak boleh, suka hati akulah nak ingat besday sape

5. Jika diberi peluang mengundurkan masa, adakah anda akan cuba memperbetulkan keadaan?
sape tak nak

6. Kenapa (berikan sebab bagi jawapan anda diatas)
suka hati akulah

7. Secara kiraan kasar, berapakah usia blog anda?
ntah lah, 3-4 bulan je kot

8. Siapakah rakan blog yg anda mahu mereka buat tag ni?
sape nak buat amik ler



Tag yg ke-2


1. Nama timangan anda
miji...man...

2. Anda seorang yang?
peramah(kalau dah kenal)...kelakar...penyakat...suka loyar buruk..

3. Insan teristimewa
family...tunang (ehem2)...member2 rapat

4. Lagu kesukaan anda
semua lagu dari:

-cromok-
-ftg-
-sil khannaz-
dan lagu metal yg lain

5. Makanan kesukaan anda
ayam masak merah...mee goreng...

6. Sikap yg membuatkan anda stress
penyibuk..kurang ajor..dengki..penipu...

7. Warna kesukaan
merah...hitam...putih..

8. 3 benda yg mesti ade dalam beg
duit..ic..lesen

9. bila kali terakhir anda menangis
tak ingat..lama dah tak nangis hehehe

10. tag 6 rakan anda
sape nak buat amiklah...terbuka pada semua..




Mari Mengetag Bersama Ayu (Ade Award Daa..)

Sep 3, 2009

Aku telah di berikan award sekali lagi dari ayu dan macam biase adelah soalan yang aku kena jawab (hamppeeiihh...). Sajer je berselindung di sebalik award nak bagi tag ni yer. Korang layan ler kat bawah ni.


Nyatakan 6 faktor menarik tentang pemberi award ni.
** beliau seorang perempuan (mestilah nama pun ayu)
** rajin bagi aku award dan tag
** manusia aneh (dia yg cakap sendiri)
** banyak tengok kartun (dia cakap jugak)
** obses kepada coklat (ni pun dia cakap)
** minat comic

Setiap blogger mesti menyatakan 9 fakta/hobi diri sendiri.
** minat muzik (lagi2 metal)
** suka baca komik
** cita-cita nak jadi raja lanun
** suka kaler merah
** open minded
** suka bergurau dan menyakat orang
** bertolak ansur (orang cakap hehehe..)
** berfikiran matang dan jauh (ni pun orang cakap hahahaha)
** obses dengan pc game (lagi2 bola)

Pilih 10 orang penerima award & describe tentang mereka.
** jezz-rakan blog yang prihatin dan rajin masuk blog aku
** nini-member blog yang selalu aku sakat
** missylily-antara yg terawal join blog aku
** amy liana8886-orang yg rajin singgah blog aku
** jard-member baru yg aku rajin masuk blog dia
** missdiya84-sis yg mempunyai blog yg cun
** honey bunny-antara yg baru join blog aku tapi rajin singgah
** slap me plz-orang yang rajin terjah blog aku
** sutera kasih-adik yg mempunyai tulisan kat blog yg kecik
** tangan hitam-bro yg selalu masuk blog aku & blog dia memang best

Award Lagik!!! Dari Honey Bunny, Amy Liana8886 & Missylily (Ade Gak Soalan Tu)

Sep 2, 2009

Lagi sekali aku dapat award dari ketiga-tiga bloggers ni iatu honey bunny, amy liana8886 dan misylily (follow ler dorang ni kerana dorang member blog yg best wa cakap lu....). Tapi aku tak ler rase blog aku ni cute sampai boleh dapat award ni, anyway thanks a lot kepada korang sumer..



1. siapakah kawan yg pertama sekali ketika anda buat blog ni?
tak ingat pulak, en. cerpelai kot dgn bini dia fiza pastu baru jezz

2. siapakah orang yg pertama sekali yg memberi anda award?
sutera kasih kot

3. siapakah orang yg terakhir yg membuat anda nangis?
arwah opah

4. bila berbuka pose ape yg anda makan dulu?
mestilah makanan hehehehe...

5. bila anda sedang berangan...siapa yg selalu ganggu anda?
angan-angan yg baru...

6. lagu terakhir yg anda dengar?
sebutir pasir di kaki hehehe...

7. blog siapa yg terakhir anda melawat?
tuan blog yg bagi aku award ni (ketiga-tiga diatas)

8. cerita yg terakhir anda tengok?
ironman (semalam kat umah)

9. novel yg paling anda gemari?
kisah mat romeo

10. anda hendak memberi award & tag ni kepada siapa?
**fiza
**jard (hahahaha)
**ayudeadwish
**abg besi
**slap me plz
**ixora
**sape2 lagi nak amik jelah (terbuka kpd semua followers aku)

Sekian...



Award Dari AyudeadwisH (Ade Tag Sikit Ler)

Aku dah di berikan award oleh ayu ni lama dah, tapi sebab aku bz dengan keje, baru nak perasan award ko ni ayu. Harap maaf yer sebab terlepas pandang pulak. Ape pun terima kasih lah aku ucapkan pada ayu ni atas pemberian award ni kat aku hehehe.



** kena letak award ni kat blog korang **

- tengoklah nanti free aku letak -



** bagi award pada 10 blogger yg rapat ngan korang atau sesape jelah yg korang nak bagi **


- yelah nak bagilah ni -



** memberitahu penerima award ni dengan memberi komen di blog mereka **


- kena ker? -



** 10 orang yg ditag adalah **


- nini -

- jezz -
- missylily -
- amy liana886 -
- missdiya84 -
- jard -
- honey bunny -
- sutera kasih -
- ixora -
- slap me plz -

Sekian......

Tag dari Nini & Amy Liana8886

Sep 1, 2009

Nama Penuh: Tarmizi Mikhail (aku suke nama ni)
Tarikh Lahir: 11 Jun
Tempat Lahir: Rumah Nenek, Sepang Selangor
Tempat Anda Dibesarkan: Klang

1. Siapakah nama kawan rapat anda sewaktu kecil?
A'ai, Didi, E'et dan lain-lain

2. Apakah permainan masa kecil yang anda ingat?
konda kondi...baling selipar...polis entry...nyorok-nyorok...

3. Kalau anda bergaduh dengan kawan anda, apakah kata-kata yang anda nyatakan pada mereka?
kepala lutut punya budak...hampeh...jahanam kau...

4. Di kawasan manakah yang menjadi tempat faveret anda bermain?
sungai belakang rumah...dalam rumah...tepi rumah...

5. Apakah cita-cita anda masa kecil?
manager bank...pegawai perhilitan...pengemis...

6. Apakah kartun atau rancangan tv yang anda gemari dan masih ingat sampai sekarang?
maskman...tomatoman...ultraman...suria baja hitam...dragonball...

7. Makanan ringan apakah yang akan anda borong di kedai?
alibaba...ding dang...tora dtg lagi...ape lagi jajan yg ade...

8. Nyatakan seorang rakan zaman kanak-kanak anda yang anda teringin sangat nak jumpa sekarang?
takde pun...

9. Apakah gelaran anda masa kecik?
sham...angah...

10. Nyatakan seberapa banyak rakan bloger anda yang anda ingin tahu zaman kanak-kanaknya?
sape yang nak buat amik jelah... tapi aku nak tau citer ko lah jard, dj epoi dgn ixora...

Aku Dah Kembali!!!! (Award Dari Sutera Kasih & Honey Bunny)

Aku dah kembali!!!!, setelah beberape lama terpaksa bekerja macam buruh kontraktor walaupun aku bukan buruh hahahaha. Kepada rakan2 blog aku jangan lah marah yer, mekasih still bagi sokongan kat aku untuk terus berblog hehehe. Sebenarnya aku still bz lagi tapi dapatlah jugak nak post entry baru ni, aku nak mengucapkan terima kasih kat sutera kasih dan honey bunny sebab bagi award ni kat aku hehehe.


1. Sapa Nama Kitak?
Tarmizi Mikhail

2. Tadik Kitak Sungkey Mam Pa?
Makan Nasik Jer Dengan Lauk Ayam Masak Kurma (ni semalam ler)

3. Baju Raya Taun Towk Wana Pa?
Hijau Dengan Unggu


So aku panjangkan anugerah ni kepada jezz, jard, nini, tangan hitam, abg besi, missylily, amy liana8886, missdiya84, tun teja, ct, nazlee, dj epoi, ixora, honey bunny, sutera kasih, ayudeadwish, hanilopiplopz, missxyanne, yoro okino, slap me plz dan rakan-rakan blog yang lain. Lepas ni aku buat tag ko yer amy liana8886.

Adios...






Blog Widget by LinkWithin