Maaf Kengkawan

Aug 25, 2009


Assalammualaikum...

Kepada rakan-rakan blog ku semua, aku nak meminta ampun dan maaf sebab 2-3 hari ni aku akan sibuk mengejar dateline keje-keje aku. Aku akan sambung citer kat blog aku ni secepat yang mungkin, paling awal besok, paling lewat jumaat atau sabtu..

Aku akan melawat blog korang macam biasa, tapi aku cuma takde masa nak update citer kat blog aku. Maklumlah sekarang peak time keje-keje aku, kepada yang menyokong aku seperti jezz, nini, missdiya84, amy liana8886, jard, abg besi, dj epoi, ayudeadwish, emilyrockz, missylily, kapten luffy, tun teja, tangan hitam, bujang susah, frodo, ixora, ct, b'jue corner dan lain-lain bloggers ribuan terima kasih di ucapkan, aku akan update citer terbaru aku secepat mungkin...

Sekian terima kasih..


SELAMAT BERPUASA SEMUA

Setan Memang Kuat!!!

Aug 24, 2009

Assalammualaikum...

Dah 3 hari dah pun seluruh umat Islam di muka bumi ni berpuasa, kalau ade umat Islam di planet lain tu aku tak tau lah pulak (sape tak pose dosa..). Aku pulak merasakan tahun ni sedikit berbeza lah bulan puasa ni, sebab aku ade anak buah (anak cerpelai dgn fieza), nak pulak tu cerpelai dengan anak bini dia datang melawat kat rumah aku semalam. Rasa seronoklah dapat bermain dengan anak buah aku, dah pandai bercakap dan melawak je kejenya.

Apepun tu bukan ape yang aku nak citer pada kali ni, citernya bermula begini, pada puasa pertama hari sabtu yang lalu. Aku sekerluarga berpuasa lah macam umat Islam yang lain, aku bangun sahur makan ayam kentuki yang mak aku beli malamnya (macam omputih makan ayam kentuki). Petangnya aku lebih banyak melepak sambil menyiapkan keje-keje ofis yang aku bawak balik kat rumah, nak harap buat kat tempat keje je bila nak siap (dedikasi sungguh aku ni hahaha). Lepas berbuka dan solat, aku melepak lagi tengok tv pulak kat rumah, tiba-tiba aku mendapat sms dari member aku si Acoi mengajak lepak kat kedai makan (bulan puasa pun melepak). Aku yang malas nak menolak, pun terus setuju je dengan pelawaan Acoi tu, yang best dengan Acoi ni, mesti dia yang datang ambik aku kat rumah (aku kan boss dalam team bebudak aku hahaha..).

Sampai kat kedai makan, ramai jugak yang melepak kat kedai tu, maklumlah baru start puasa, dah dekat raya karang kuranglah yang melepak. Aku dengan Acoi pun ambik seat kat meja tengah sebab meja lain dah full, lepas dah order air kiteorang pun berborak macam biasa. Selang 15 minit, Pejal dengan Shaz datang dan join aku melepak dan berbual kosong (macam ayat novel), masing-masing pun berceritalah pengalaman berpuasa dulu-dulu sampailah sekarang. Lepas turn aku bercerita, Acoi pulak sambung citer pengalaman puasa dia, kemudian baru Shaz pulak menyampuk pasal pengalaman puasa dia, sampailah turn Pejal bercerita (Pejal ni terkenal sebagai budak yang paling biul dalam team aku).

Pejal: Korang tau, tadi masa tengahari aku lalu lah kat dapur sebab nak mandi, sekali aku tengok makanan yang ade kat meja makan tu, terliur aku.

Kiteorang: Apehal petang-petang mak kau dah masak? Family kau tak puasa ke?

Pejal: Bukanlah, tu lauk masa bersahur tadilah, aku rase nak makan je time tu, kuat betul godaan setan ni kan.

Acoi: Yang aku tau bulan puasa ni mane ade setan, kalau ade yang terlepas pun kaulah setan tu!!!

Pejal: Kepala lutut kau!!

Kiteorang dah berguling-guling ketawa dah time tu, si Pejal ni memang dah terkenal dengan perangai nakal dia melampau tahap gaban. Banyak penduduk kat tempat aku kena kacau dengan dia, so sesuailah Acoi gelarkan dia setan (sekadar gurau-gurau jer). Lepas dah habis melepak dan ketawa macam orang gile, kiteorang pun balik menuju ke rumah masing-masing.

Aku setuju dengan cakap Acoi tu, bulan puasa yang mulia ni semua syaitan dan iblis dah di rantai dan di penjara, so kalau ade pun godaan di bulan puasa ni, tu semua berpunca dari nafsu masing-masing. Yang penting kite kena kuatkan iman dan banyakkan bersabar dalam semua hal di bulan puasa ni, bukan saje kena tahan lapar, tapi kena jugak tahan nafsu diri sendiri, pada aku nafsu tu yang banyak membuatkan kite lalai dan lupa pada tanggungjawab kite selama ni. Bak kata pepatah "Kalau ikutkan nafsu, nanti lesu", so sebagai orang Islam sama-samalah kite mencari keberkatan di bulan yang mulia ni.

Sekian...




Tag Lagi.... (Dari Wanny Pulok)

Aug 21, 2009

** 5 Perkara Yang Anda Suke Tentang Bulan Puasa:

- boleh dapat banyak pahala (ye ke hehehe..)
- solat tarawikh
- hantu kena rantai (macam tiru jer jawapan)
- time berbuka banyak makanan (kdg2 membazir)
- bersahur (minggu pertama je bangun hahaha..)

** 5 Perkara Yang Best Masa Bulan Puasa:

- takde orang nak mengumpat dah (kalau ade berdosaaa..)
- main mercun (hati2 jgn sampai terbakar rumah)
- tak banyak keje (boleh balik awal, tak payah ot)
- melawat bazaar ramadhan (tapi tak beli barang pun)
- boleh save budjet, menyimpan utk masa depan aku

** 5 Jenis Makanan/Minuman Yang Wajib Ade Masa Berbuka Puasa:

- roti jala
- roti john (bukan john rambo..)
- ayam masak merah
- air tembikai laicincau (ade ke??..)
- nasik ler..

** 5 Perkara Yang Wajib Anda Lakukan Sebelum Berpuasa:

- ganti puasa (kalau ade ler yg tinggal)
- bangun pagi
- sahur
- gosok gigi
- tido balik

** 5 Cerita Best/Tak Best Puasa Anda:

- kena kerja time pose (tak best)
- kena ot time pose (tak best)
- kantoi tak pose time umur 5 tahun dulu dengan ayah (best kot..)
- berpuasa time duduk rumah bujang (best woo..)
- terjatuh makanan yang beli time nak berbuka (kena pelangkung dgn mak aku)

** 5 Orang Yang Terpaksa Bocorkan Rahsia Puasa Diaorang:

- frodo
- missylily
- nini
- ixora
- ayudeadwish




Terima kasih lah kat wanny sebab menyenaraikan aku untuk buat tag ni, dah lah besok nak pose, keje banyak pulak tu. Nasib baik ko dah kena jezz, kalau tak aku dah pass kat ko dah. Sape yang kena tu sila buat hahahaha....

First Time Aku Kena Daa... (Tag Dari Jezz)

1. Anda rasa anda Hot?
Kau ingat aku ni duduk dalam oven ke nak rase panas.

2. Upload gambar kesayangan anda.


3. Kenape anda suka gambar ini?
Tu je gambar yang ade.


4. Bile kali terakhir anda makan pizza?
Tah, tak ingat laa pulok.


5. Lagu terakhir yang anda dengar?
Cerita Kedai Kopi.


6. Ape yang kamu buat sambil selesaikan tag ni?
Kejar masa nak balik pergi solat jumaat (dah lewat dah ni).


7. Selain dari nama sendiri anda suka dipanggil dengan nama ape?
miji...man...khazraj...


8. Tag lagi 6 orang tanpa kekesalan.

-cerpelai-
-fieza-
-rockmetaller-
-missdiya84-
-tangan hitam-
-amy liana8886-

** siapa no. 1 kepada anda?
abang aku yang banyak mempengaruhi minat aku

** bagaimana pulak dengan no. 3?
abang besi yang keras tapi penyayang hahaha.

** pendapat anda pada no. 4?
sis yang rajin komen blog aku.

** kata sesuatu tentang orang ke-2
kakak ipar aku yang gile glamer hehehe (bini cerpelai).



Ribuan terima kasih kepada jezz yang dah tag aku kali ni, jangan tag aku lagi dah, malas aku nak buat, dan pada yang dah kena tag tu jangan lupe pulak nak buat pulak hahaha...


SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA








Bulan Yang Puasa Ke Kita????

Aug 20, 2009

Sedar-sedar dah nak masuk bulan Ramadhan kan, rase macam baru je lagi berlalu bulan puasa yang lepas. Masuk kali ni dah 2 kali aku berpuasa di tempat keje dimana aku bekerja sekarang ni. Aku ni jenis yang sedikit pelupa, short term memory aku tak berapa nak support sangat (tapi bukan biul). Pernah jugaklah bulan puasa tahun lepas, aku bukak peti ais time puasa hari pertama, tapi nasib baik aku cepat-cepat teringat yang aku ni puasa. Banyak jugak kenangan lawak aku di bulan Ramadhan ni dari aku kecik sampai lah dah boleh jadi bapak orang ni, kalau diingatkan balik kelakar pun ade.

Pernah jugak masa bulan puasa ni aku hampir nak terjebak dalam kancah penghisapan rokok, tapi oleh sebab mak bapak aku mengasuh aku dengan elok, maka aku boleh berfikir yang hisap rokok ni takde faedah. Tapi taklah aku bermaksud orang yang hisap rokok ni mak bapak dorang ajar tak bagus, sebab abang aku si cerpelai tu pun hisap rokok jugak (yang ni degil hahaha...). Pengalaman ngeri bermain mercun time budak-budak dulu still aku teringat lagi, sampai cacat tangan member aku bila mercun tu meletup kat tangan dia sebab tak sempat nak campak (mercun cina). Konon yakin yang dia sempat campak mercun tu walaupun sumbunya betul-betul pendek, aku yang tolong bakar sumbu ni menerima kecacatan telinga lah kejap, berdesing je telinga lepas dah meletup mercun tu.

Pengalaman berpuasa waktu duduk rumah bujang time belajar dulu pun banyak sangat pengalaman yang seronok, aku belajar memasak dari member yang merupakan bekas tukang masak di restoran (tapi sekarang dah lupe dah pun camne nak masak hahaha..). Waktu berbuka puasa bersama keluarga adalah waktu yang menyeronokkan, dapat berkumpul lepas seharian berpuasa dan letih bekerja pun boleh hilang tanpa kita sedari. Tapi janganlah kita terlalu boros ketika membeli juadah berbuka puasa pulak, jangan membazir itu amalan syaitoonnn. Oklah di kesempatan ni, aku mengambil peluang untuk mengucapkan:

"Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak, dan Selamat Berpuasa"


Kepada Cerpelai, Fiza (kakak ipar daa), Easza, Jezz, Kapten Luffy, Suraya, Missylily, Tun Teja, Ct, Mamabucoq, Mizdiela, Missdiya84, Tangan Hitam, Team Huru-Hara.com, Emilyrockz, Bijan, Bujang Susah, Fitrah Alam, Frodo, Nini, B'jue Corner, Amy Liana8886, Dj Epoi, Ixora, Abg Besi dan lain-lain rakan blog yang aku tak sebut (jangan marah pulak) serta yang melawat blog aku. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua, korang semua memang best, semoga kita dapat memperoleh pahala yang berganda di bulan puasa ni.. Insyallah




Mane Satu Ni????

Aug 19, 2009

Malam semalam lepas balik dari keje, aku pun mandi lepas tu tunaikan solat (bukan tunaikan cek) macam biasa, tengah sedap melepak sambil tengok siaran kat tv, aku dapat sms dari member baik aku. Dia ajak lepak kat warung makan (port biasa aku lepak malam-malam), aku pun malas nak tolak pelawaan dia terus jawab ok. Selang 10 minit dia pun dah terpacak kat depan rumah aku, dengan berbaju t hijau dan berseluar trek panjang, aku pun naik keta dia terus bertolak ke kedai makan tu. Sampai je kat kedai makan tu, aku tengok ramai lagi manusia yang tengah melepak kat kedai tu, jam pun masih lagi menunjukkan angka 10.30 malam. Lepas 10-20 minit melepak dengan member aku tu, datang lagi 3-4 orang member aku yang lain, so rancangan berborak kiteorang menjadi makin hangatlah (biaselah budak bujang borak je lebih..).

Kiteorang pun rancak lah berborak dari bab politik, bab kisah kerja masing-masing, bab hal ehwal semasa (mengalahkan menteri pulak). Sedar-sedar dah pukul 12.00 malam, orang pun dah makin susut je kat kedai makan tu, tinggal berape kerat manusia je yang ade kat kedai tu. Rancangan berborak kiteorang dah tak rancak sangat, maing-masing lagi tekun melayan siaran tv yang tengah menyiarkan citer The Mummy Return (astro macam-macam ada). Mata dah berair sebab dah lapan belas ratus kali menguap dah, tapi aku still melepak lagi dengan member-member aku (ingatkan nak balik..hampeh).


Tengah tekun melayan citer kat tv, tiba-tiba ade seekor anjing datang dekat dengan deretan meja makan tu nak mencari sisa-sisa makanan yang ade (jenis meja makan yang letak kat jalanraya). Kiteorang yang dah perasan kehadiran anjing tu, cuma mendiamkan diri je sambil menyambung kembali fokus kiteorang kat tv (macam takde tv kat rumah). Tiba-tiba sorang dari pelayan kat kedai makan tu membaling batu ke arah anjing tu dengan penuh perasaan marah sambil menjerit.


"Babi kau anjing!!!, berani kau datang kat sini!!!"

Tak cukup dengan balingan batu, pelayan tu mengejar (menghambat) anjing tu seperti Watson Nyamuk eh.. Nyambek (betul ke aku eja ni). Anjing tu yang terperanjat dengan larian pantas pekerja kedai tu terus melarikan diri sambil menjinjing tulang ayam kat mulut. Orang yang ade kat kedai makan tu termasuklah kiteorang tersenyum melihat perangai pekerja kedai tu yang begitu anti dengan anjing liar ni. Lepas habis segmen kejar mengejar tu, kiteorang pun menyambung balik kefokusan kiteorang kat tv tu. Selang 5 minit member aku yang bernama Acoi bersuara.

Acoi: Korang rasa kalau anjing tu boleh berfikir dengan bercakap, mesti dia pelik kan.


Kiteorang: Kenape pulak?.


Acoi: Yelah, mesti dia fikir yang dia tu anjing ke babi yang sebenarnya!!!. Kalau dia tak puas hati nanti dia mintak cermin pulak!!!.


Serentak dengan tu, semua yang ade kat kedai makan tu semua ketawa termasuklah pekerja kedai makan yang mengejar anjing tu tadi (sebab Acoi cakap kuat, so semua dengar). Lepas dah berdekah-dekah gelak sambil berguling kat jalan, kiteorang pun mula menokok tambah citer dongeng yang Acoi nak buat tu. Selang 15 minit barulah citer The Mummy Return tu habis, dan semua pun pulang ke rumah masing-masing. So lawak tu bila aku fikir balik ade betulnya jugak, orang kita ni bila dah biasa memarahi ape saje dengan perkataan mencarut, so ape saje pun dorang nak marah dorang akan carutkan sekali. Bila depan orang ramai kenalah jaga adab dan sopan bila bercakap, kenalah fikir dan tengok keadaan sekeliling jugak, supaya takde yang tersinggung atau menyampah dengan percakapan kite. Aku pun kadang-kadang ade jugak tercarut bila marah, tapi aku tengok tempat dan keadaan jugak. Betul ke ape yang aku cakap ni...

Entahlah...


Dera??? Ape Kes...

Aug 18, 2009

"Kalau jadi kat aku, aku dah melawan dah!!!, aku jenis orang yang camtu, kalau jadi kat aku lah".

Tulah kata-kata sorang staff kat ofis aku berhubung citer yang aku bincangkan dengan dia masa rehat tengahari tadi. Kes tentang penderaan suami terhadap isterinya, kenapa berlaku, ape punca, dan mengapa banyak kes camni di diamkan je. Ape yang aku dapat tau, kebanyakkan kes camni berlaku kerana berpunca dari suami yang panas baran dan semua kes camni banyak di diamkan oleh isteri, so tak banyak kes camni yang kite tau hujung pangkalnya. Cuma banyak yang kite tau sebab terbaca kat paper atau pun tengok berita kat tv (takkan kat wayang pulak).


Ape yang diberitahu oleh kakak kat tempat ofis aku ni, dia cakap kenapa ramai kaum isteri yang tak nak mengadu hal ni kat pihak berkuasa atau Jais (kat Selangor Jais lah.. kat tempat lain aku tak tau). Kakak ni bagi pendapat, yang isteri ni takut kalau dah report kat pihak berkuasa, nanti bila dah jadi kes cerai, si isteri takde tempat bergantung, nak pulak isteri ni tak bekerja dan tanggungan anak ramai. Aku pulak bagi pendapat, walaupun isteri bekerja tapi tak semestinya dorang boleh berdikari tanpa suami lepas dah bercerai. Kalau ade pun yang boleh berdikari, dia mesti akan ambik masa untuk sesuaikan diri lepas bercerai nanti (ni pendapat je). Walau camne pun, ade jugak golongan yang boleh hidup tanpa lelaki atau suami, kebanyakkan dorang ni dikenali dengan panggilan hati besi, jiwa kental dan banyak lagi.


Tiba-tiba ade brader kat ofis aku ni menyampuk, dia kata pernah lah melalui kes yang melibatkan penderaan rumah tangga ni. Dia citer yang dulu kat taman perumahan yang dia tinggal, ade jiran ni yang selalu bergaduh antara suami dan isteri. Selalu lah terdengar suami ni mendera si isteri ni boleh dikatakan hari-hari. Nak dijadikan citer, satu hari si isteri ni lari mendapatkan pertolongan kat brader ofis aku ni dan menyorok kat rumah dia (bukan main polis entri tau..), malamnya datanglah suaminya menjerit-jerit marah kat depan rumah brader ni suruh isterinya balik. Brader tu yang agak panik terus nak buat report kat polis, tapi isterinya larang dan yang peliknya terus marah kat brader tu sebab nak report hal tu kat pihak polis. Brader ni yang dah tension terus marah-marah si isteri ni sebab masih nak pertahankan suaminya yang selalu memukul dan mendera dia. Si isteri masih melarang dari hal tu dibesarkan dan tetap tak bagi brader tu report kat polis.


"Saya sayangkan suami saya, walaupun dia selalu memukul saya dan panas baran, tapi saya tak boleh hidup tanpa dia, saya cintakan suami saya!!".


Tulah ayat si isteri tu cakap kat brader ofis aku, aku yang mendengar citer brader tu amatlah terkejut (nasib tak terkentut..) dengan pendirian si isteri tu tadi. Betapa bertuahnya si suami tu mendapat isteri yang masih lagi sayang dan mempertahankan dirinya, walaupun selalu didera dengan teruk. Dapat aku simpulkan kat sini yang terdapat banyak sebab kenapa penderaan ni berlaku dan kenapa isteri selalu ambik keputusan tak nak reportkan hal penderaan ni kepada pihak berkuasa. Aku tabik pada isteri-isteri yang taat dan sayangkan suami dorang dengan sepenuh hati, tapi taklah bermakna semua lelaki tu jahat, cuma segelintir je yang berperangai macam setan. Walau camne pun aku ade jugak dengar kes isteri mendera suami, kalau jadi camtu, aku tak taulah isteri tu pakar judo ke pakar silat (johan peringkat kebangsaan kot..). Kalau kes camtu aku pun tak tau nak komen camne, kalau korang ade pendapat share ler, yang lebih tu korang pikirlah sendiri.... Sekian.

Kisah Seram Ker???? (Part 6)

Lepas kejadian tu, kiteorang tak dapat nak tido, dah 'benda' tu asyik main lampu kat rumah aku tu. Kejap 'dia' bukak, kejap kang 'dia' tutup, kiteorang tak aman nak tido, last-last kiteorang ambik keputusan nak lepak kat luar rumah. Kiteorang pun berjalan keluar dari taman perumahan tu menuju ke stesen minyak Projet (sekarang dah jadi Shell campur 7 Eleven). Sampai kat Projet, kiteorang pun pergi ambik nasik lemak dengan air pastu duduk kat tempat duduk yang disediakan untuk pengunjung (sekarang dah takde dah). Boroi dengan Aiman tak habis-habis lagi mengungkit hal kena ganggu tadi, aku pulak diam je lapan belas ribu bahasa (ade ke camni). Aku betul-betul tension kena ganggu camtu, mane taknya asyik kena kacau camtu je, tok imam pun boleh naik hangin kan. Lepas dah habis makan dengan minum serta berborak kiteorang pun balik ke rumah, masa tu dah pukul 7 pagi (haram.. tak solat subuh pun), rumah gelap je kiteorang tengok dari luar.

Masuk je dalam rumah terus kiteorang bukak lampu yang mane patut, pastu terus tertido tak ingat dunia punya, yelah dah satu malam tak dapat tido. Dalam tengahari camtu baru aku tersedar dari tido, aku dengan mamai terus pergi ambik tuala nak mandi. Sampai kat pintu bilik air, tiba-tiba pintu tu tertutup sendiri, aku mula-mula terkejut jugak, tapi aku fikir mungkin angin je kot, so aku pun terus mandi (malas nak ambik port..). Lepas dah mandi, aku pun join Boroi dengan Aiman yang dari tadi memang dah berborak (bukan nak mandi dulu dorang ni..), topik hangatnya apelagi pasal 'hantu' kat rumah akulah. Aku yang mula rasa bosan (biaselah hari ahad pulak kan), aku pun ajak member aku berjalan kat bandar Melaka, saje nak tengok tempat orang.


Balik dari berjalan kat bandar Melaka dah pukul 6.00 petang, aku pun kelam kabut solat Asar pastu mandi, sebab bercadang nak solat Maghrib kat surau, nak bercampur masyarakat setempat (nanti cakap aku kera sumbang pulak). Tapi si Boroi pulak bagi cadangan solat berjemaah kat rumah je, nak bagi rumah 'sejuk' katanya, aku dengan Aiman pun setuju jelah. Kiteorang bentang sejadah kat ruang tamu menghadap ke dapur, tapi yang tak berape setujunya aku yang kena jadi imam (hampeh punya member..). Masa tengah solat tu, aku yang jadi imam menghadap ke arah dapur, kira boleh lah nampak pintu bilik air kalau aku jeling lah. Berderau darah aku bila aku macam nampak kelibat 'budak' kecik tengah berdiri belakang pintu bilik air tu sambil pandang kat kiteorang yang tengah solat tu. Aku teruskan jugak solat dan ambik keputusan tak nak pandang dah kat pintu tu (dah tak syukuk, eh.. khusyuk dah aku).


Selesai solat, aku jeling lagi kat pintu bilik air tu, tapi takde dah kelibat tu, tiba-tiba Boroi bersuara "Kau nampak tak tadi Aiman?". "Nampak jugak, tapi aku buat bodoh je", balas Aiman. Aku yang pelik pun tanya kat dorang, ape yang dorang merepek tu. Boroi pun citer yang masa kiteorang tengah solat tadi, dorang nampak macam kelibat 'budak' kecik tengah berlari-lari kat belakang dorang, so masa rukuk, dorang nampak macam kaki lah yang tengah berlari-lari (ceh.. dorang pun tak khusyuk jugak). Aku pun citer lah yang aku pun nampak macam kelibat 'budak' tu kat belakang pintu bilik air tadi, dorang pun cakap dorang ade perasan jugak (ingat aku dah silap pandang tadi). So malam tu kiteorang ambik keputusan nak berjaga je sebab nak tengok ape lagi gangguan benda tu kat kiteorang, Boroi pun keluar pergi beli segala macam makanan ringan untuk dibuat mengunyah malam kang.


Malam tu betul sangkaan kiteorang, ade lagi yang 'benda' tu nak menggangu hidup kiteorang yang tak bersalah ni (ye ke tak bersalah). Pada jam 2.30 pagi, mula-mula radio yang kiteorang dan memang on kat bilik belakang berbunyi kuat dengan sendiri, Boroi bangun terus pergi slowkan bunyi radio tu, tiba-tiba dia menjerit panggil Aiman dan aku. Kiteorang pun bergegas cergas ke bilik belakang tu, Boroi terus tutup lampu, "Korang tengok dan dengar ye", Boroi bersuara. Radio yang tengah berkumandang siaran Hot Fm tu betukar ke siaran Era Fm tanpa kiteorang sentuh pun (ni radio zaman jepun, mane ade control). Aku dah mula rasa seram dah sebab radio tu kat bawah katil, buatnya ade 'budak' kecik tu kat bawah katil tengah main radio camne, tak ke naya, tapi Boroi tak puas hati tukar balik ke siaran Hot Fm. Tak sampai seminit betukar balik ke siaran Era Fm, kiteorang dah rasa pelik dan seram, kiteorang pun pergi mengintai bawah katil tu, tapi dengan keadaan gelap dalam bilik tu mane nampak ape-ape, aku pun bangun pergi bukak lampu balik, tapi still tak nampak ape pun kat bawah katil tu.

Tiba-tiba tv pulak berbunyi kuat, terperanjat kiteorang kat dalam bilik tu, Aiman terus bergegas ke depan, aku dengan Boroi pulak tutup radio dan lampu bilik. Baru kiteorang nak pergi depan, Aiman dah terpacul kat depan kiteorang, katanya dia nampak kelibat budak tu berlari masuk ke bilik depan, tak jadi dia nak slowkan bunyi tv tu. Sekali lagi kiteorang buat keputusan nak lepak kat Projet je, hati dah tak tenteram nak lepak kat rumah tu. Masa tengah bersiap nak keluar, kiteorang terdengar bunyi 'budak' kecik ketawa kat dapur (macam suka je kiteorang nak keluar), Belum sempat kiteorang nak tutup lampu, lampu tu dah terbuka tertutup sendiri, sebab dah takut sangat kiteorang blah je tanpa tutup lampu rumah terus pergi ke Projet (Projet lagi..). Lepas tu ape jadi??? tunggu sambungan dalam Kisah Seram Ker???? (Part 7 Legaa...). Nak tau tungguuuu..


Bersambung...

Bagi Ke Beli?? (Hampeh...)

Aug 15, 2009

Pernah tak dalam hidup korang selama ni ade terjadi peristiwa macam ni atau pernah tengok kejadian camni terjadi depan mata korang? Peristiwa tu camni, (nak bermukadimah dulu pulak...) satu petang minggu lepas, sedang aku nak pulang ke rumah lepas dah penat bekerja, tiba-tiba my mother call (eceh cakap omputih...). Mak aku mintak aku ambik dia balik dari keje jam 8.00 malam kang, aku pun cakap ok jelah, takkan nak melawan nanti masuk neraka. Bila aku sampai depan tempat keje mak aku tu, aku tengok jam baru pukul 7.15 petang, lama lagi nak pukul 8.00. Aku pun terfikir nak ke satu pasaraya kat sebelah tempat keje mak aku (boleh buang masa sikit), cadang nak beli barang-barang keperluan aku sikitlah, lagipun perut lapar, nak carik makanan ringan kalau ade (bukan jajan yer..).

Lepas park keta, aku pun masuk kat dalam pasaraya tu, punyalah ramai manusia tengah membeli belah kat dalam tu, (aku ni rimas sikit pergi tempat ramai orang.. kalah artis) aku pun pergi carik minyak rambut dengan pewangi yang aku nak pakai (stok aku dah habis). Lepas dah puas hati dengan barang yang aku ambik tu, aku terus pergi kat kaunter bayaran yang mane aku terpaksa beratur dengan agak panjang jugaklah (hampeh betul lah...). Sampai turn aku nak bayar, aku tengok jumlah keseluruhannya RM25.00, padahal baru 2 barang je (dah naik harga kot). Aku hulur duit not RM10.00 sebanyak 3 keping, dapatlah balik balance duit aku tu RM5.00, aku pun blah dari kaunter tu.
Masa nak keluar dari pasaraya tu, aku ternampak satu ade satu stall dalam banyak-banyak stall yng ade tu yang jual nugget, hot dog dengan macam-macam lagi makanan ringan. Aku pun keluar duit RM5.00 aku tu, terus cakap kat brader tu seperti dialog di bawah.

Aku: Bro bagi hot dog ni 5 (banyaknya nak makan sampai 5).


Brader: Bagi tak boleh lah bang, kalau abang nak beli boleh lah. Saya carik makan ni hehehe.

Kepala lutut punya manusia, dia boleh pulak kenakan aku tengah orang ramai tu, lagi-lagi pulak sebelah aku ade sorang pompuan yang agak cun jugaklah, tu yang dia nak tunjuk sense of humor dia yang tahap gaban tu (konon lah kelakar sangat..). Aku pun senyum je kat brader tu sambil tahan geram yang terbuku kat hati aku ni, dia pun terus gelak tengok keadaan aku tu. Yang buat aku geram, pompuan kat sebelah tu pun ikut gelak sama, terbakar je hati aku, kepala pun dah berasap. Tapi aku control macho, aku senyum jelah, ambik hot dog tu terus blah dari situ, malas dah aku nak layan brader sengal tu.

Sampai kat keta, aku tengok mak aku dah tunggu kat tepi keta aku (aku dah sms mak aku awal-awal cakap nak pegi pasaraya). Aku pun start keta terus gerak balik rumah, mak aku tanya kenapa muka aku masam je, aku jawab takde ape-ape (saje control macho). Pengajaran yang aku dapat dari citer ni ialah, jangan beli hot dog kat kedai brader tu sebab dia hampeh.. hahahaha takdelah, aku tau aku dah silap cakap tapi brader tu jangan lah kenakan aku depan ramai orang, malu woooo... (siut lu brader..). Kepada penjual-penjual yang berada di luar sana sila hormati pelanggan (pesanan dari pegawai penerangan planet Zargus..).. hahaha tu jelah citer aku kali ni, bulan ni aku bz, so kalau sempat aku post lah citer baru ye..

Result Interview Aku...

Aug 14, 2009

Haa.. hari ni aku nak citer result interview yang aku attend hari tu. Sape yang baca entry aku pasal interview hari tu taulah aku dah pergi ke interview untuk upgrade jawatan aku sekarang ni (sila baca entry Interview Woo.... kalau nak ler). Citernya camni (takkan nak terus bagitau resultnya ape.. tak suspen lah), pagi semalam tengah aku khusyuk buat keje aku yang menimbun tu (ye ke khusyuk). Tiba-tiba aku dapat sms dari budak ofis aku bagitau pegawai bahagian penjawatan nak jumpa semua budak jabatan aku yang hadir ke interview hari tu pada pukul 3.00 petang. Aku tengok jam baru pukul 10 pagi, lambatnya nak petang, berdebar jugak aku nak tunggu keputusan interview tu.

Aku pun sambung buat keje yang menimbun tu tadi, (bulan ni sampai lepas raya memang aku bz.. dateline keje-keje aku) perut lapar pulak, tapi malas aku nak pergi makan. Tiba-tiba adik angkat aku call, aku pun angkat jawab tepon aku (takkan nak biar jer kan..), dia pun cakap budak-budak jabatan lain dah dapat surat jawapan, tinggal budak-budak jabatan aku je belum dapat jawapan lagi (dia pun interview jugak). Aku pun pelik kenape jabatan aku je tak dapat jawapan lagi, adik angkat aku pun jawab sebab jabatan aku ni jabatan pentadbiran, so pegawai nak hand-over surat jawapan sendiri sambil bagi sepatah dua ucapan (macam nak berpidato pulak). Lepas habis dia call, aku pun terus sambung keje dengan member aku tu, dateline dah dekat tapi keje baru 45% je yang siap (hampeh..).


Bila dah pukul 2.45 petang aku pun bergerak pergi ke ofis besar (aku kat ofis cawangan tapi dekat je dengan ofis besar), lepas dah parking keta kat tempat baik punya tempat (tempat parking motor aku redah je parking keta aku hehehe...). Aku pun pergilah toliet jap nak tuck in baju kemeja aku dengan basuh muka, pastu baru bergerak naik ke tingkat 5 tapi jam dah pukul 3.15 petang (aiks.. lama ke aku kat toilet tadi, pelik..pelik..). Ape lagi kelam kabut aku gerak naik lif tu, sampai kat tingkat 5, aku pun gerak ke tempat duduk adik angkat aku. Rupanya pegawai tak sampai lagi, belum habis meeting katanya, penat je aku kelam kabut tadi.

Budak-budak jabatan aku pun tunggu lah pegawai tu (yang mane pergi interview je lah) sampai pukul 4.30 petang tak muncul-muncul jugak pegawai tu. Dah dekat 4.45 petang camtu baru muncul pegawai tu, terus dia panggil semua bebudak masuk dalam bilik dia, lepas tu dia pun bagi surat jawapan kat kiteorang sorang satu. Lepas dah habis hulur surat kat kiteorang, dia pun bagi sepatah dua kata, biaselah dia mesti cakap yang mane berjaya tu tahniah, yang mane tak berjaya cuba lagi lain kali (ayat orang politik.. hehehe ampun jangan marah yer tuan pegawai..).
Lepas bersurai dari bilik dia, masing-masing terus bukak surat jawapan, aku pun bukak jugak surat aku, ayatnya tertera macam ni:

"Dukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan adalah tidak berjaya di dalam temuduga tersebut".

Kah..kah..kah.. gelak besar aku lepas baca surat tu, sebab sebelum pergi interview aku dah agak aku tak dapat punya jawatan tu. Kelebihan diberikan kepada pekerja yang lebih senior dari sesi aku, so aku tak kisah pun, dah takde rezeki nak buat camne. Korang jangan marah pulak terpaksa baca panjang lebar baru tau jawapan interview aku (hahahahaha....). Cuma aku ambik kesempatan ni nak ucapkan tahniah kat member aku yang dapat jawatan tu. Aku pulak kena teruskan kehidupan aku yang mencabar ni di dunia yang penuh pancaroba hahahaha. Tulah jelah entry aku kali ni, tunggu next entry aku sambung part 6 Kisah Seram Ker????.


TAHNIAH KEPADA RIDZWAN, FIRDAUS, RAZIF DAN MEI LING (ni melayu tapi muka macam cina).

Ubat Utk Virus H1N1

Aku dapat email dari seseorang yang aku tak kenal pun, tapi dia ade sertakan ubat untuk membantu mengurangkan sakit terkena jangkitan virus ni. Betul atau tak aku tak taulah, tapi kalau nak cuba boleh, tapi kalau tak jadi jangan marah, kite ni kena berusaha, insyallah Allah tunjukkan jalan penyelesaian untuk umatnya... Amin.... silalah baca kat bawah ni.


Salam..... sy baru balik dari thailand. sy ke pulau temelang dan ban tun. apa yang sy nak kongsi ialah cara mereka mengubati penyakit selsema babi.
bahan2nya adalah


1. air kelapa
2. kurma
3. mangkuk

cara2nya

1. masukkan kurma ke dalam mangkuk
2. tuang air kelapa
3. biar sejam dua
4. minum air kelapa bersama makan kurma


tq

Kisah Seram Ker???? (Part 5)

Aug 13, 2009

Aku dengan Am pun berjalan dengan penuh suspennya ke bilik belakang tu (dah macam penyamun terhendap-hendap), aku pun tolak pintu tu sikit, suasana gelap jer kat dalam bilik tu. Aku tanya kat Am, ade ke dia tutup lampu bilik tu, tapi dia cakap dia tak tutup, makin takut aku jadinya. Aku pun hulur je tangan aku kat tepi dinding tu nak carik suis lampu, belum sempat nak tekan suis, ade tangan menepuk bahu aku dari belakang, macam nak tercabut jantung aku masa tu. Aku yang dah memang terkejut tu terus pandang belakang, rupanya Kerul yang terjaga dari tido yang tepuk bahu aku. Aku dengan Am terus maki hamun dia secukup rasa, sesedap mentega (kepala lutut lu...).

Dengan tersenyum macam kerang basi, dia pun bertanya ape yang dah jadi, Am pun bercerita lah pasal kes dia kena kacau tu. Aku terus masuk dalam bilik dan bukak suis lampu (dah ade 3 orang beranilah aku..), Am dengan Kerul terus jengok kat bawah katil, tapi takde ape-ape pun. Aku yang konon-konon berani, bukak pulak cermin dalam bilik tu, tapi tetap takde ape-ape jugak kat luar. "Bayangan kau jer tu kot Am" aku bersuara. Am yang pelik terus cakap "Ntah lah, tapi memang confirm aku nampak kat bawah katil ni tadi". Sudahnya aku dengan Kerul dan Am terus pergi kat ruang tamu untuk tido, tak nak fikir banyak dah, takut sangat dah kiteorang masa tu.


Malam sabtu besoknya aku cuma tinggal bertiga je kat rumah tu dengan Aiman dan Boroi, yang lain semua balik kampung masing-masing (konon rindu kat family.. padahal nak jumpe aweks..). Balik dari makan malam kat gerai kat luar, kiteorang terus berborak dengan rancaknya sampailah pukul 2 pagi, barulah Boroi dengan Aiman pergi kat bilik belakang sebab nak study. Aku pulak amik keputusan nak tengok tv jer sorang-sorang kat depan. Dalam pukul 3 pagi camtu, tengah syok aku tengok siaran kat tv (citer Semak Shop kot..), tiba-tiba helmet aku yang elok terletak kat tepi pintu sliding door tu, bergolek-golek ke arah aku (macam ade orang yang golekkan) dan berhenti betul-betul kat tepi kepala aku yang tengah baring. Berderau semua urat darah aku, aku ambik keputusan tak nak pandang helmet tu, buatnya ade kepala dalam helmet tu, tak ke kes naya tu. Lepas 10 minit baru aku pandang helmet tu, nasib baik takde ape-ape (lega siut..), aku ambik helmet tu terus letak balik kat tempat asal.

Aku pun sambung tengok tv balik, tapi tak sampai 5 minit, lampu kat rumah tu bukak tutup, bukak tutup banyak kali, padahal suis tu takde orang usik pun, sampaikan Boroi dengan Aiman keluar dari bilik tu terus pergi kat aku. Aiman pun bertanya "Apehal ni?". "Manelah aku tau" balas aku. Lepas 2-3 minit camtu barulah elok terbukak lampu tu, tapi lampu kat ruang tamu jer terbukak, dalam bilik semua terpadam. Boroi bersuara "Biarlah, 'dia' suka gelap kot". "Jangan kau nak mengada, jom pergi bukak lampu balik" marah Aiman. Aku duduk diam jer kat depan sambil tengok tv tu balik, Boroi dengan Aiman pulak pergi sambung study balik dalam bilik tu. Dalam jam tepat pukul 4 pagi, aku pergi kunci pintu pagar dengan pintu depan, aku tengok gelap je keadaan luar, satu bintang pun takde, bulan pulak mengambang penuh. Cepat-cepat aku tutup langsir sliding door tu (seram bulu hidung aku..) dan sambung tengok tv balik.

Dalam pukul 4.30 pagi camtu, Boroi dengan Aiman keluar dari bilik tu dengan tergesa-gesa, muka pucat macam mayat (asyik mayat je, takde lain ke). Aku pun tanya ape yang dah jadi, Boroi dengan cemas menceritakan. Tengah dorang berdua study tadi, dorang duduk sebelah-sebelah, so bayang-bayang dorang ade kat meja study tu. Tiba-tiba ade satu lagi bayang-bayang kepala kat tepi bayang-bayang kepala dorang, tapi bayang-bayang tu macam berambut panjang lah. Dorang nak lari tapi masing-masing takut nak bergerak, so dorang tunggu sampai bayang-bayang kepala misteri tu hilang baru dorang keluar dari bilik tu. Seriau aku dengar citer dorang tu, ade je gangguan benda tu kat kiteorang. Aku terus tutup tv, ajak dorang berdua tido, kiteorang pun terus tido, tapi tak lena kiteorang nak tido, korang nak tau kenape?

Bersambung....

Kisah Seram Ker???? (Part 4)

Aug 11, 2009

Sampai jer kat rumah tuan rumah sewa aku tu, dia pun jemput aku dengan kawan-kawan yang lain masuk (abis takkan nak duduk luar pulak). Dia ni cikgu mengajar kat Melaka jugak, so kiteorang semua pakat panggil dia cikgu jelah kan senang. Kulai yang tak sabar terus tanya pasal sejarah rumah sewa kiteorang tu, belum pun sempat cikgu tu tanya ade hal ape. Dia pun tanya balik kat kiteorang ape yang dah jadi, nak tak nak kenalah jugak citer pasal kes gangguan kat rumah tu. Yang peliknya dia pun boleh cakap tak tau ape-ape pasal kes gangguan kat rumah tu, sebab katanya dia baru jer beli rumah tu dari orang untuk tujuan disewakan kepada student-student macam kiteorang ni. Dia hanya bagi cadangan suruh buat kenduri jer kat rumah tu untuk hilangkan gangguan kat rumah tu (banyak duit dia nak buat kenduri.. bagilah duit). Terpaksalah kiteorang balik dengan hati yang hampa sebab masing-masing nak sangat tau ape yang dah jadi kat rumah tu.

Sampai kat rumah, kiteorang melepak jer kat luar rumah sambil berborak, tak lain citer pasal 'hantu' kat rumah tu. Dalam pukul 1 pagi camtu, lalu sorang pakcik tua yang duduk selang 3 rumah dari rumah sewa aku, kiteorang pun tegur dia (konon nak bermesralah tu). Dia terus datang kat tempat lepak kiteorang sambil join kiteorang berborak sakan. Selang 10 minit berborak, tiba-tiba dia tanya "Ok ke duduk kat rumah ni?', Kerul terus cakap "Ok, tapi tak tahan kena ganggu mahkluk halus lah pak cik, tau ke ape-ape cerita?". Dialog seterusnya seperti di bawah.


Pak cik:
Dulu rumah ni lama kosong, tak lama lepas tu, jiran sebelah rumah tercium bau busuk dari dalam rumah korang ni, dia pun pergi tengok, rupa-rupanya bau busuk tu bau mayat perempuan dengan mayat anak kecik mati kat laman belakang rumah korang.

Kiteorang: Ish, biar betul, tak kan lah tak nampak mayat perempuan tu kan kat luar laman.

Pak cik: Mane nak nampak, lalang tinggi kepala kite ni korang tau tak.

Kiteorang:
Camne boleh mati tu?

Pak cik:
Polis siasat, katanya kes bunuh diri, perempuan tu mengandung anak luar nikah, yang lakinya tak nak bertanggungjawab, tu yang dia bunuh diri.

Kiteorang:
Dah lama ke pak cik kes ni jadi?

Pak cik:
Ntah lah, dalam setahun lepas kot, tuan yang lama pun tak tahan duduk sini, tu yang dia jual kat cikgu yang jadi tuan rumah korang tu sekarang.

So sekarang mengertilah kiteorang ape sebenarnya yang terjadi, mengikut dari pak cik tu lagi, mungkin rohnya tak tenteram kot sebab kes ni kan kes bunuh diri.Seram jugak bila aku fikirkan hal ni, lepas habis sesi soal jawab dengan pak cik tu, kiteorang pun masuk ke dalam rumah. Malam tu sekali lagi kiteorang buat bacaan Yassin selepas solat Isyak, harap-harap lepas ni takdelah gangguan lagi. Kiteorang pun sebenarnya masih lagi ragu-ragu dengan kenyataan pak cik tu tadi, betul ke ape yang dia bagitau kat kiteorang, atau tu hanya satu spekulasi jer (chewah ayat novel).

Jam menunjukkan tepat pukul 3 pagi, aku dan Am masih lagi belum tido, sementara yang lain dah pun nyenyak tido (tido mampus masing-masing). Am tengah dengar radio kat bilik belakang, sementara aku pulak tengah mengadap tv kat depan (aku susah nak tido awal.. tapi dululah). Tengah aku baring meniarap dengan membelakangkan tv sebab nak buat assignment, tiba-tiba suara tv tu terkuat sendiri. Terperanjat jugak aku, camne boleh kuat tiba-tiba, cepat-cepat aku tutup suis tv tu (takut siut..). Sedang aku mencari-cari ade ke kawan-kawan serumah yang pedajal aku, saje je kuatkan bunyi tv tu kan. Time tu jugak aku teringat yang tv aku takde remote control, mane boleh orang nak kuatkan volume tv tu dari jauh. Terus meremang bulu roma aku, serentak dengan tu jugak Am menjerit keluar dari bilik belakang (lagi tambah terperanjat aku).

Aku pun pergi kat Am, tanya dia ape yang dah jadi, terus dia cakap dia tadi tengah dengar radio kat bilik belakang, tiba-tiba radio terpadam sendiri. Dia pun bangun check wayar kat bawah katil, sekali tu dia nampak 'hantu' budak kecik tu tengah baring kat bawah katil dia. Meremang gile bulu tengkuk aku masa tu, macam nak lari keluar je dari rumah tu. Aku pun ajak Am pergi tengok kat bawah katil tu. Nak tau ape aku nampak?? tungguuu... entry lepas ni... hehehe
...

Bersambung....

H1N1 (Virus)

Aku rase terpanggil pulak (sape panggil) nak bercerita pasal kes yang tengah kecoh di dunia sekarang, dan aku bersetuju dengan beberapa bloggers-bloggers yang lain, yang mane kerajaan kita tak berapa ambik berat tentang kes ni, aku dapat tengok kerajaan kita begitu lambat mengambil tindakan terhadap kes-kes camni (kalau salah tolong betulkan yer...)

So aku pun sajer lah nak ingatkan kawan-kawan yang lain tentang kes ini, dan janganlah ambik lewa jer tentang kes ni. Ramai wooo.. yang dah jadi korban. Aku dah copy story dari blog jard, so korang bacalah sendiri yer..

"Be careful with H1N1. Virus tu very STRONG... Pesakit yang kena memang SUFFER nak RECOVER... NO VAKSIN.. Cuma ada Anti-Viral & Psylogi Mental pesakit itu sendiri untuk MELAWAN.

Beginner stage

Batuk, selsema, demam, sakit tekak, bila terbesin bunyi tak kuat.

Second Stage

Susah bernafas, simptom macam asthma but not asthma, at this stage if you touch the person, or breath in the same room 80% boleh kena... Masa ni kena kuarantinat hospital. Masalahnya sekarang dah ramai yg kena.. Hospital tak cukup katil & bilik kuarantin.

Critical Stage

Lung infection. Bila X-Ray we can see the virus covered the lung. Very scary bila tengok x ray Pesakit H1N1. At this stage pesakit need oksigen with highest level, Strongest Anti-Vral.. very high drug. At least 7 days oksigen kena bagi. % to recover depend to age, immune badan pesakit.

Very H1N1 ni genius virus..
Can HIDE in our body...difficult to detect. Only can detect thru swap which the cost is RM1k above. Unable detected in blood as well.. When they start action...Can kill the person if the body imune does not strong. For those have baby atau anak2, U & ur family do not go to crowded place, better WEAR MASK when u outside from home. The vaksin will come to Msia in Nov-Dec 2009. So far, hanya lelaki dewasa can fight the virus.... woman might be 70%, children most probably payah nak lawan virus ni.Take care You & Your Family.


Selingan Ke Kursus Protokol

Assalammualaikum... Ni aku saje jer aku nak menyelit citer hal aku mase pergi kursus protokol hari tu yang dianjurkan oleh tempat keje aku ni. Citer kisah seram tu nanti aku sambung part 4 punye ok. Kursus tu mengambil masa 3 hari 2 malam yang bertempat kat Hotel Seri Malaysia (kat mane tu rahsialah). Bagus beb kursus ni, meningkatkan ilmu pengetahuan aku tentang hal-hal protokol ni. Dari cara nak jadi penyambut tetamu, jadi pengacara majlis, ketua majlis, tetamu sampailah ke cara menyusun bendera Malaysia dan bendera negeri. Ade jugak aktiviti-aktiviti yang best dorang buat, aku cadangkan korang pun pergilah kursus ni, kalau nak tau sape consultant (betul ke aku eja?) korang bagitau je aku, nanti aku bagi nombor tepon dorang. Korang tengoklah gambar-gambar tu, aku yang mane korang tekalah, tak hensem tak buruk hehehehe...





Kisah Seram Ker???? (Part 3)

Aug 10, 2009

Keesokan harinya, aku dengan Pejal pun citer kat member serumah semua pasal hal budak kecik ketawa kat dapur malam tu, aku siap sumpah seranah member yang lain tu sebab tido mampus, tak dengar bunyi suara budak tu (aku pun sama gak tido mampus.. hehehe). Kiteorang semua pun pakat malam tu lepas solat Isyak, nak buat bacaan Yassin kat rumah tu secara beramai-ramai (bagi hilang gangguan lah). Selesai bacaan Yassin, kiteorang pun melepak kat luar rumah sambil berborak tentang hal gangguan kat rumah tu, masing-masing bagi pendapat kenapa terjadi kes camtu. Ade yang cakap budak tu kena bunuh lah, ade yang cakap tu 'toyol' lah, macam-macam lah, aku pun tak berani nak cakap pasal hal tu.


Tengah rancak berborak, sedar-sedar dah pukul 2.30 pagi, ramai yang dah masuk tido, cuma tinggal aku, Kulai (sebab dia dari Kulai, Johor), Kerul dengan Boroi (perut dialah boroi) jer yang tengah berborak lagi kat luar. Selang 10 minit Kulai bersuara "Laparlah, kite goreng buah sukun jer nak tak?". Maklumlah budak student bukan ade duit sangat, nak pulak kat sebelah rumah jer ade pokok sukun, tak tau pun sape punye (cadangan nak rembat buah sukun lah tu..). Aku pun balas "Giler kau, dah pagi ni, lagipun sape nak panjat pokok tu, tinggi siut". "Takpe biar aku panjat, Boroi masak, amacam?" balas Kulai pulak. Boroi angguk kepala tanda setuju (macam Jepun pulak). Maka kiteorang pun memulakan plan nak rembat buah sukun tu, Boroi tunggu kat dalam rumah sambil siapkan kuali dengan tepung nak menggoreng nanti, tinggal aku, Kulai dengan Kerul jer kat luar. Sampai jer kat bawah pokok sukun tu, aku tengok sekeliling punyalah gelap sebab pokok tu betul-betul kat sebelah bendang sawah terbiar tu, mane ade lampu kat situ.


Kulai pun mula memanjat pokok sukun yang setinggi rumah 2 tingkat tu dengan berbekalkan lampu suluh kecik dia, aku dengan Kerul tunggu kat bawah jer, malas nak panjat (tak tau panjat sebenarnye hehehe...). Kulai mula campak ke bawah 3 biji buah pertama yang dia petik (dia pandai pilih buah sukun), Kerul sambut terus bawak masuk dalam rumah. Tinggal lah aku kat bawah pokok tu sorang-sorang (dah mula rasa seram dah tu), sambil menunggu buah yang Kulai nak campak. Punya lama menunggu (adelah dalam 5-8 minit) tak jugak dia campak buah kat bawah, aku dah lah tak nampak ape kat situ sebab gelap. Sebab dah malas nak tunggu, aku pun bersuara, "Woi!!, tahun bile kau nak campak buah tu? lama dah aku tunggu kat sini". "Kejaplah, banyak buah yang tak masak lagi ni", balas Kulai. "Ya Allah", tiba-tiba aku terdengar Kulai menjerit dengan disertakan bunyi benda jatuh betul-betul kat sebelah kaki aku "Gedebuk!!" (camtulah kot bunyi benda jatuh). Aku tengok Kulai yang jatuh sambil pegang 2 biji buah sukun kat tangan dia, mulanya aku nak tergelak sebab tengok dia jatuh camtu, tapi tak jadi bila dia cakap "Lari woii masuk rumah!!". Dengan tak banyak cakap aku meluru terus masuk ke dalam rumah dengan Kulai, terus tutup dan kunci pintu, punyalah cuak sampai pintu pagar pun tak sempat nak tutup.


Boroi dengan Kerul terus tanya kenapa, apa yang dah jadi (dah aku macam kena kejar anjing jer berlari ye tak), dengan tercungap-cungap tu aku suruh dorang tanya Kulai sebab aku pun tak tau kenapa aku lari. Kulai pun bercerita, katanya dia tiba-tiba rasa seram masa kat atas tu, dia pandang kat bawah tengok aku, tapi dia nampak "hantu" budak kecik tu tengah berdiri belakang aku (tapi aku tak nampak pun). Bila dia toleh sebelah kanan, dia nampak satu lembaga perempuan berambut panjang, berpakaian putih bertenggek kat sebelah dahan yang satu lagi kat sebelah kanan dia. Tu yang dia terperanjat beruk sampai tak sempat nak turun dari pokok, dia terus terjun jer (hahahaha... baru nak gelak), seram sejuk bulu tengkuk aku lepas dengar citer Kulai tu. Tapi lepas tu kiteorang pun terus goreng sukun yang mane ade jer (macam takde ape-ape jadi jer), jadilah buat alas perut (5 biji tu kenyang lah... bukan alas perut lagi).

Aku jadi tak puas hati, kenapa yang mahkluk ni nak menggangu hidup kiteorang, aku pun cadangkan kat bebudak rumah tu supaya bertanya kat jiran-jiran. Aku nak tau ape yang tak kena dengan rumah sewa aku tu, tapi dorang semua tak setuju, dorang ajak tanya kat tuan rumah jer. So malam tu kiteorang pun pergilah ke rumah tuan tanah eh.. tuan rumah, korang nak tau ape dia jawab??... tunggu entry aku lepas ni hehehe...

Bersambung...

Kisah Seram Ker???? (Part 2)

Lepas jadi gangguan kat aku dengan budak-budak bilik aku tu, kiteorang pun pakat citer kat budak-budak rumah yang lain, supaya dorang semua tau lah ape yang dah jadi kat rumah tu ye tak (kang cakap aku tak bercampur dengan orang pulak). Macam-macam reaksi datang dari dorang, ade yang percaya, ade jugak yang kurang percaya (tak kena lagi kat dorang, dah kena baru tau). Budak senior tu macam biaselah, dorang cuma cakap tu semua perkara biasa, mungkin dorang dah kena lagi teruk kot.


Selang 2 hari, sorang budak bilik aku nak keluar dari rumah tu (Nizam nama dia), dia cuma cakap nak carik rumah sewa lain, aku pun heran, langsung dia tak bercakap ape-ape, tau-tau nak blah camtu jer. Budak rumah yang lain pujuk jugak jangan keluar, tapi dia tetap nak keluar jugak dengan alasan duduk kat rumah ni nanti boleh kena penyakit (penyakit lutut dia). Nak tak nak kiteorang biarkanlah dia keluar dari rumah tu (dah dia nak blah sangat.. lantak). Malam tu aku dengan 7 budak rumah tu keluar pergi makan malam kat kedai dekat kat tempat belajar aku tu, sorang lagi nak tinggal jer kat rumah, nak mintak tapau jer makanan, dia malas nak keluar (nama dia Pejal). 2 lagi budak senior balik ke kampung dorang kat Johor lah kot (tak ingatlah sebab dah lama sangat), so rumah tu memang tinggal member aku tu sorang jer.
Masa tengah makan tu, kiteorang terjumpe dengan Nizam yang dah pindah keluar dari rumah aku tu, aku tarik kerusi kat sebelah dia terus tanye, seperti dialog di bawah:

Aku: Apehal sebenarnye kau nak blah dari rumah tu?

Nizam:
Malas lah aku nak citer.

Aku:
Cakap jelah, aku nak tau.

Nizam:
Aku sebenarnya tak tahan lah, tiap-tiap malam aku kena kacau dengan 'hantu budak' tu, dia bisik-bisik ajak main dengan dia, tak tido malam aku.

Aku:
Oh camtu, tapi aku dengan budak bilik lain takde pulak kena kacau bisik-bisik camtu.

Nizam: Tu yang aku pelik, kenape aku jer yang kena.

Aku pun meninggalkan Nizam tu dengan seribu pertanyaan (konon seribu), start motor terus bergerak ke rumah dengan budak-budak yang lain, sampai rumah tepat pukul 2 pagi (biaselah bujang lepak sampai pagilah). Aku tengok si Pejal yang tak nak ikut keluar tadi tu duduk kat atas motor dia kat luar rumah, aku fikir mungkin dia nak ambik angin jer kot, tapi sangkaan aku meleset (macam pelesit). Rupa-rupanya dia baru lepas kena kacau dengan 'hantu' kat rumah sewa aku tu, dengan muka pucat lesi tu dia pun bagitau. Masa dia tengah baring kat ruang tamu sambil tengok tv, dia terdengar bunyi budak ketawa kat dalam bilik dia (dia bilik depan, aku bilik belakang... tak sama bilik), dia pun pergi bukak pintu bilik tu nak tengok sape yang ade kat dalam. Bila dia tengok kat atas katil dia tengah terconggok sorang budak kecik tersenyum dan renung kat dia sambil cakap "jom main", ape lagi kelam kabut lah dia tendang pintu depan terus keluar rumah. Kejadian tu masa tu baru jer 10-15 minit berlaku sebelum aku dengan budak-budak rumah sampai kat rumah balik dari makan.

Aku terang-terang rase seram giler malam tu, aku pun tak tau kenape, member-member yang lain terus senyap tak bersuara (baru dorang tau aku tak menipu). Sudahnya, malam tu semua pakat tido kat ruang tamu termasuklah aku (seram wooo...), tapi sampai pagi tak tido jugak sebab semua sibuk berborak citer pengalaman seram masing-masing. Tepat jam 4.30 pagi, aku terjaga sebab Pejal kejutkan aku dari tido, mula nak marah jugak tapi tak jadi bile aku dengar bunyi suara budak kecik ketawa kat dapur. Aku gagahkan jugak diri pergi tengok kat dapur tu dengan bertemankan Pejal ni kat sebelah (giler kau nak pergi sorang..), yang lain semua tengah nyenyak tido, tapi sampai kat dapur pintu bilik air tiba-tiba tertutup sendiri, terperanjat kiteorang terus tak jadi nak tengok. Aku pun cadangkan kat Pejal supaya buat bodoh jer, jangan layan 'benda' tu. Tapi tak cukup dengan tu, ade lagi yang mahkluk tu ganggu kitorang, nak tau tungguuu part 3...

Kisah Seram Ker???? (Part 1)

Aug 4, 2009

Oklah cerita pasal kisah seram ni, aku pasti ramai yang pernah melalui atau pernah dengar cerita dari kengkawan korang kan. Aku pun tak berape nak teruja sangat dengan benda-benda camni, maklumlah dari kecik lagi aku dengan adik beradik aku dah didedahkan dengan kisah seram camni. Maka perasaan takut tu dah menular dalam diri semua manusia yang terkena gangguan begini (aku pun takut-takut berani jer.. hampeh). Aku banyak kali pernah terkena gangguan mahkluk halus ni, tak caya tanya cerpelai (abang aku tu..), dia taulah kot kalau dia ingatlah. Dari kecik sampai besar ni pun aku pernah melalui kes camni.


Tapi kali ni aku nak citer kes aku masa aku belajar kat politeknik dulu, kes aku duduk rumah sewa yang terletak betul-betul di belakang sebendang sawah yang luas terbentang (macam lagu pulak). Masa tu awal tahun 2004 rasanya lah, aku ditawarkan untuk meyambung pengajian di sebuah politeknik di Melaka (cehh..umur dah lewat baru nak belajar). Oleh kerana politeknik ni takde kamsis atau asmara eh asrama, maka aku terpaksa mencari rumah sewa, yelah kalau tak cari nanti nak tinggal kat mane pulak. Akhirnya aku dapat sebuah rumah dan dikongsi bersama 9 orang yang lain (ambik kau, satu rumah duduk 10 orang, padat wooo..), 2 orang senior dan yang lain junior jugak macam aku. Biasalah dah sampai aku terus pusing satu rumah nak tengok keadaan sekeliling camne lah kan (macam baru 1st time datang Melaka). Malam pertama kiteorang lakukan aktiviti suai kenal antara satu sama lain, aku sorang jer datang dari Selangor, 2 dari Seremban dan yang lain semua dari Johor.


Tiba-tiba sorang senior ni bukak cerita seperti dibawah ni

Senior: Korang baik-baik kat rumah ni, rumah ni 'keras' sikit, aku dah banyak kali kena kacau kat rumah ni.

Junior: Kena kacau camne tu?

Senior: Tengah belajar 'dia' boleh main lampu, ketuk sliding door, main lari-lari kat belakang rumah, pernah jugak time tido kena hempap dengan 'benda' tu. 'Benda' tu ade mak dengan anak kecik dia.


Aku tergamam jugak dengar cerita brader tu, betul ke ape yang aku dengar ni, semua bebudak junior pun sama tergamam macam aku (dah takutlah tu). Tapi aku malas ambik pusing citer brader tu tadi, aku rasa selagi aku tak ganggu 'benda' tu takkan 'benda' tu nak kacau aku ye tak. Ternyata sangkaan aku meleset macam ekonomi tengah meleset sekarang ni, dalam pukul 6.00 pagi camtu sedang semua tengah nyenyak tido, aku dikejutkan oleh jam loceng member sebelah katil aku (korang ingat sape kejut?). Pada mulanya aku malas nak bangun tutup jam loceng dia, tapi dah berdering berkali-kali pun dia tak tutup-tutup jugak, aku naik angin terus bangun tutup jam loceng yang terletak kat sebelah telinga dia jer. Aku terkejut bila tengok dia tengah menggigil dalam selimut dia, aku terus tarik selimut dia, habis basah baju dia dengan peluh dia sendiri. Aku pun tanya kat dia apa yang dah jadi, dia cakap yang 'benda' tu menjelma depan muka dia dalam bentuk budak kecik, pastu tergelak-gelak mengajak dia bermain, dari pukul 3 pagi sampai lah jam dia berbunyi pukul 6 tu, 'benda' tu berbisik-bisik ajak dia main. Terkejut aku dengar, sebab aku memang tak dengar apa-apa pun walaupun aku yakin yang aku tak tido mampus (ye ke?).


Aku pun ajak dia bangun dan solat subuh sama-sama, lepas tu barulah ok sikit muka dia, tak pucat macam tadi (aku pun dah takut jugak time tu). Hal tu kiteorang diamkan jer, tak nak citer pun kat bebudak rumah yang lain dan kiteorang harapkan tak jadi lagilah kes camni. Keesokan harinya jam 1 pagi, masa tu tinggal aku dan 2 orang lagi jer yang belum tido, aku tengok tv dengan sorang member dan yang lagi sorang tengah basuh pinggan kat dapur. Tingkap dapur tu menghadap ke luar rumah dan boleh nampaklah sawah kat luar tu. Tiba-tiba terdengar bunyi member aku yang tengah basuh pinggan tu menjerit, kelam kabut aku dengan sorang lagi member aku berlari kat dia. Tengok-tengok dia dah terduduk kat lantai, cepat-cepat aku angkat dia, bawak ke ruang tamu. Belum sempat aku tanya, dia dah bagitau yang dia ternampak satu lembaga perempuan berpakaian putih tengah berdiri kat luar tingkap pandang kat dia. Terkejut aku dengar, berdiri terus bulu roma aku, senior aku yang baru keluar dari bilik cuma cakap "biasalah tu 'dia' nak kenal dengan kau, kau kan orang baru".


Lepas tu kiteorang pun masuk ke dalam bilik sebab nak tido, aku tengok member aku tu masih lagi dalam keadaan terkejut (mau tak, kalau aku pun dah pucat). Aku terus lelapkan mata, tak sampai beberape jam, aku terbangun dari tido, aku terasa berat sangat nak bangun dari katil, terasa semacam ada benda yang menghempap belakang badan aku (tengah tido meniaraplah tu), mata aku pun berat sangat nak aku bukakkan. Tengah aku berusaha nak gerakkan badan, aku terdengar semacam ada suara budak kecik tengah tergelak-gelak kat belakang badan aku sambil cakap "hahaha mainkan dia, mainkan dia", berdiri bulu roma aku terdengar suara yang betul-betul menyeramkan tu. Aku dah tak tau nak buat apa, aku cuba nak baca apa-apa surah, tapi langsung tak terkeluar dari mulut aku, aku betul-betul hairan, langsung tak sepatah pun aku boleh bercakap. Aku kuatkan jugak semangat menjerit "Allahhuakbar", lepas tu terus aku boleh bangun, aku capai jam, baru pukul 4.30 pagi, aku terus sambung tido balik, tapi sampai ke pagi tak boleh lelap mata aku. Tapi gangguan tu tak berakhir kat situ jer, selang beberapa hari terjadi lagi, tapi kenalah tunggu....


Bersambung...

Sape Betul???

Aug 1, 2009

Petang semalam lepas balik dari solat jumaat, aku pun start keta aku terus pergi ke ofis balik (ikut hati nak tido jer kat umah). Sampai ofis dah pukul 3 petang (jumaat masuk 2.45 tapi aku sampai pukul 3 hampeh..), sorang ofismate aku pun tak sampai lagi, kena jaga ofis sorang-sorang lah nampaknya (bahagian lain ade kat belakang tapi tak sama tempat dengan aku). Selang beberapa minit, ade sorang supplier ni datang kat kaunter ofis, aku pun attend lah dah dia tu memang berurusan dengan bahagian aku. Sementara nak tunggu bos aku sampai (sebab bos aku pun nak jumpa supplier ni jugak), aku pun masuk dalam tinggalkan supplier tu kat kaunter, sebab nak jawab panggilan telepon kalau-kalau ada lah, dah aku sorang jer kat tempat aku.

Tengah aku menjawab panggilan telepon dari staff dari bahagian lain, tiba-tiba ade sorang mamat terjah masuk ikut pintu ofis aku sambil marah-marah kat depan pintu tu. Pegawai dari bahagian yang kat belakang tu pun tanya kat mamat tu ape yang tak kena sambil bawak dia pergi tunggu kat kaunter depan (yelah orang luar mane boleh masuk). Lepas letak telepon, pegawai tu bagitau kat aku yang mamat tu nak tanya pasal bahagian aku, aku pun bergegas kat kaunter tu (konon bergegas). Mamat tu pun tanya kat aku kalau-kalau ade keje yang dikeluarkan oleh bahagian aku baru-baru ni tapi dengan cara marah-marah dan agak kurang ajar lah. Tapi aku jawab elok-elok, takde ape-ape keje buat sementara ni, lepas tu terus dia mengamuk cakap yang kiteorang ni tak buat keje, dia tunggu lama kat kaunter tapi takde sape yang datang attend (tengok dialog di bawah).

Mamat: Saya tunggu kat kaunter ni, tekan loceng 3 kali takde sape yang datang!!!

Aku: Mintak maaf lah encik, tapi kami tak dengar ape-ape bunyi loceng pun, tu yang takde sape yang keluar ke kaunter. Mungkin ade masalah pada loceng tu

Mamat: Dah tau loceng rosak, buang jelah, saya dah tunggu 30 minit kat kaunter ni tau tak??!! dengan kerusi semua pun tak cukup, nak duduk pun susah

Aku: Tak boleh lah macam tu encik, baru hari ni loceng tu tak berbunyi, tadi ok jer, lagipun rasanya tak sampai 10 minit pun saya tinggalkan kaunter ni tadi, encik baru je sampai kan? saya mintak maaflah encik, ofis ni masih baru, barang-barang masih belum lengkap lagi

Mamat: Saya boleh je snap gambar awak semua dan buat report pasal hal ni tau tak (sambil tunjukkan handset dia), 30 minit saya tunggu tau??!!

Aku: Macam yang saya cakap, kami tak perasan dan tak dengar, bukan kami sengaja, kalau encik nak buat report jugak terpulang lah (ni aku dah start panas hati, banyaklah 30 minit dia)

Mamat: Awak cakap terpulang!! saya boleh buat report pasal hal ni tau kepada @#$@%@!! (nama sape-sape tah dia sebut)

Lepas tu datang pulak kawan tempat keje aku nak tenangkan keadaan

Kawan: Kenapa ni encik (sambil salam tangan mamat tu), kami mintak maaf  encik, hal ni berlaku dengan tak sengaja, kami mintak maaf banyak-banyak.

Mamat: Pelanggan selalu betul!! awak tu semua makan gaji je (taulah dia ade bisnes), kena layan orang baik-baik, tunjukkan respect tu sikit!!  (sambil tunding jari kat aku)

Aku: Dengan sape-sape pun saya respect, masalahnya saya dah cakap banyak kali benda ni tak sengaja, sape tak respect sape? (hati aku dah betul-betul panas je sambil genggam penumbuk)

Kawan: Dah lah tu encik, kami mintak maaf

Beberapa dialog terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab peribadi. Mamat tu pun blah sambil mengomel-ngomel tinggalkan ofis aku, sempat lagi pandang tajam kat aku. Aku pun masuk balik kat dalam ofis sambil menyumpah seranah mamat tu, staf-staf yang lain semua berkerumun kat aku nak tau citer sebenar, (tapi aku tak citer pun, kawan aku yang citer). Dorang pun sabarkan aku, tak kurang jugak ade yang cakap takut tengok aku mengamuk tadi, yelah first time aku melantun (marah) macam ni, aku pun pelik kenapa aku boleh hilang sabar macam tu.

Bukan aku nak bangkitkan sape betul sape salah, tapi sepatutnya mamat tu kenalah tegur baik-baik, sape jer yang tak pernah buat kesilapan kan. Kalau dia tegur baik-baik, aku boleh terima dah memang itu salah aku dan dengan cara itu aku akan respect lebih kat dia sebab menegur dengan cara yang betul. Bukan main menyumpah jer ikut suka hati lutut kiri dia, sape pun tak nak respect dia kalau camtu. Memang betul customer are always right, tapi bukan macam tu caranya nak tegur kesilapan orang. Ramai saksi mengatakan dia baru jer sampai, tapi nak jugak cakap dah 30 minit tunggu kat luar. Ntah ape-ape tah, tu pun nak tipu, bukan kiteorang takde mata. Ape pendapat korang? salah ke kenyataan aku tu? sape yang betul? Lu Pikirlah Sendiri....

 

Blog Widget by LinkWithin