Mane Satu Ni????

Aug 19, 2009

Malam semalam lepas balik dari keje, aku pun mandi lepas tu tunaikan solat (bukan tunaikan cek) macam biasa, tengah sedap melepak sambil tengok siaran kat tv, aku dapat sms dari member baik aku. Dia ajak lepak kat warung makan (port biasa aku lepak malam-malam), aku pun malas nak tolak pelawaan dia terus jawab ok. Selang 10 minit dia pun dah terpacak kat depan rumah aku, dengan berbaju t hijau dan berseluar trek panjang, aku pun naik keta dia terus bertolak ke kedai makan tu. Sampai je kat kedai makan tu, aku tengok ramai lagi manusia yang tengah melepak kat kedai tu, jam pun masih lagi menunjukkan angka 10.30 malam. Lepas 10-20 minit melepak dengan member aku tu, datang lagi 3-4 orang member aku yang lain, so rancangan berborak kiteorang menjadi makin hangatlah (biaselah budak bujang borak je lebih..).

Kiteorang pun rancak lah berborak dari bab politik, bab kisah kerja masing-masing, bab hal ehwal semasa (mengalahkan menteri pulak). Sedar-sedar dah pukul 12.00 malam, orang pun dah makin susut je kat kedai makan tu, tinggal berape kerat manusia je yang ade kat kedai tu. Rancangan berborak kiteorang dah tak rancak sangat, maing-masing lagi tekun melayan siaran tv yang tengah menyiarkan citer The Mummy Return (astro macam-macam ada). Mata dah berair sebab dah lapan belas ratus kali menguap dah, tapi aku still melepak lagi dengan member-member aku (ingatkan nak balik..hampeh).


Tengah tekun melayan citer kat tv, tiba-tiba ade seekor anjing datang dekat dengan deretan meja makan tu nak mencari sisa-sisa makanan yang ade (jenis meja makan yang letak kat jalanraya). Kiteorang yang dah perasan kehadiran anjing tu, cuma mendiamkan diri je sambil menyambung kembali fokus kiteorang kat tv (macam takde tv kat rumah). Tiba-tiba sorang dari pelayan kat kedai makan tu membaling batu ke arah anjing tu dengan penuh perasaan marah sambil menjerit.


"Babi kau anjing!!!, berani kau datang kat sini!!!"

Tak cukup dengan balingan batu, pelayan tu mengejar (menghambat) anjing tu seperti Watson Nyamuk eh.. Nyambek (betul ke aku eja ni). Anjing tu yang terperanjat dengan larian pantas pekerja kedai tu terus melarikan diri sambil menjinjing tulang ayam kat mulut. Orang yang ade kat kedai makan tu termasuklah kiteorang tersenyum melihat perangai pekerja kedai tu yang begitu anti dengan anjing liar ni. Lepas habis segmen kejar mengejar tu, kiteorang pun menyambung balik kefokusan kiteorang kat tv tu. Selang 5 minit member aku yang bernama Acoi bersuara.

Acoi: Korang rasa kalau anjing tu boleh berfikir dengan bercakap, mesti dia pelik kan.


Kiteorang: Kenape pulak?.


Acoi: Yelah, mesti dia fikir yang dia tu anjing ke babi yang sebenarnya!!!. Kalau dia tak puas hati nanti dia mintak cermin pulak!!!.


Serentak dengan tu, semua yang ade kat kedai makan tu semua ketawa termasuklah pekerja kedai makan yang mengejar anjing tu tadi (sebab Acoi cakap kuat, so semua dengar). Lepas dah berdekah-dekah gelak sambil berguling kat jalan, kiteorang pun mula menokok tambah citer dongeng yang Acoi nak buat tu. Selang 15 minit barulah citer The Mummy Return tu habis, dan semua pun pulang ke rumah masing-masing. So lawak tu bila aku fikir balik ade betulnya jugak, orang kita ni bila dah biasa memarahi ape saje dengan perkataan mencarut, so ape saje pun dorang nak marah dorang akan carutkan sekali. Bila depan orang ramai kenalah jaga adab dan sopan bila bercakap, kenalah fikir dan tengok keadaan sekeliling jugak, supaya takde yang tersinggung atau menyampah dengan percakapan kite. Aku pun kadang-kadang ade jugak tercarut bila marah, tapi aku tengok tempat dan keadaan jugak. Betul ke ape yang aku cakap ni...

Entahlah...


19 comments:

jai@jezz said...

ermm.. biler kita marah mulut ni macam2x nak cakap.. tak pikir langsung adab.. tapi aku gelak doh sebab member kau buat lawak biul.. hahahaha.. ader betul gak tu.. kalau anjing tu leh kater mesti dia kata..


' aku ni anjing ke babi.. hahaha.. '

Kak UJie said...

biase la, biler marah.. maner sempat nak berfikir.. same gak cam aku... muahahaha.. ape pon kwn ko mmg lawak.. mesti anjing tu skang tgh berpikir,spesis ape kah dier sebenarnye..

abang besi said...

b**i ke anjing?>warghh!!!!bgs!!!terhibur gua...

mst pelayan kedai tu malu gile dak...

hahahah...

miji said...

jezz:
hehehe member aku semua pun biul termasuk aku gak hehehe

missylily:
tulah, ikut perasaan sangat bile dah marah, anjing tu tak tau lah idup lagi ke atau dah kena langgar lori.. hehehe

rockmetaller:
hehehe thanks abg besi oitt...

pelayan tu dah malu dah, sekarang dia keje pun pakai topeng otromen hehehe

jai@jezz said...

kau mengaku yerk kau biul.. wahahahaha..! adohaii.. asal la aku ada kawan blog yg biul..

musang said...

haha mmg la bila nak marah mesti mcarut punya sib baik die sbt babi klau die sbt benda yg dlm kain tu lagi parah...

miji said...

jezz:
biarlah aku biul nak heppy jer, ape pun ko yg sibuk nak kawan dgn aku hahahaha (konon aku ni mcm org penting lah hehehe)

tangan hitam:
kalau dia sebut benda dlm kain, mau dah kena baling dgn kerusi tu, bahaya wooo...

Kapten Luffy said...

kesian kat babi kan

miji said...

luffy:
hehehe betul tu kapten, babi yg jadi mangsa dalam hal ni...

Anonymous said...

perlu ke sebot menatang2 tuh smua kalo tgh marah..??

melayu..camtu laa..

haha!!

miji said...

nini:
hehehe biaselah, bile dah biase mencarut, jadilah kebiasaan bila marah je nak sebut kan...

missdiya84 said...

hikhik...anjing tuh mesti berlari2 sambil konpius...aku ni babi ke anjing sebenornye hahaha..

Anonymous said...

hahahaha..kalau dh nk mrh mmg xpk pape..

cerpelai said...

Kehkehkeh..
Melayu jugak yang kena..

miji said...

missdiya84:
hehehe betul tu sis, agaknye tak tido malam anjing tu memikirkan dia tu spesis ape hahaha

amy liana8886:
betul tu, yg penting marah dulu, pikir tu kemudian..

cerpelai:
biaselah bro, no komen

Anonymous said...

feed back to cerpelai : ye ah..
melayu je ad mulot mcm tuh..

kalo org islam taakkkkkk..

:D

miji said...

nini:
takpe nini, abg aku memang camtu, biul gak mcm aku hahaha..

cerpelai said...

Jawab sembang Nini:-

Hahahaa.. Betullah agaknya tu..!! Cumanya serasa gua semua bangsa ada masalah macam ni.. Ini kalo ikut pengalaman gua bercampur dengan bangsa luar laa.. Picisan je gua nih.. Cam taik laa lebih kurang..

miji said...

cerpelai:
picisan tu same mcm kismis ke hahahaha

Blog Widget by LinkWithin