Haa.. hari ni aku nak citer result interview yang aku attend hari tu. Sape yang baca entry aku pasal interview hari tu taulah aku dah pergi ke interview untuk upgrade jawatan aku sekarang ni (sila baca entry Interview Woo.... kalau nak ler). Citernya camni (takkan nak terus bagitau resultnya ape.. tak suspen lah), pagi semalam tengah aku khusyuk buat keje aku yang menimbun tu (ye ke khusyuk). Tiba-tiba aku dapat sms dari budak ofis aku bagitau pegawai bahagian penjawatan nak jumpa semua budak jabatan aku yang hadir ke interview hari tu pada pukul 3.00 petang. Aku tengok jam baru pukul 10 pagi, lambatnya nak petang, berdebar jugak aku nak tunggu keputusan interview tu.
Aku pun sambung buat keje yang menimbun tu tadi, (bulan ni sampai lepas raya memang aku bz.. dateline keje-keje aku) perut lapar pulak, tapi malas aku nak pergi makan. Tiba-tiba adik angkat aku call, aku pun angkat jawab tepon aku (takkan nak biar jer kan..), dia pun cakap budak-budak jabatan lain dah dapat surat jawapan, tinggal budak-budak jabatan aku je belum dapat jawapan lagi (dia pun interview jugak). Aku pun pelik kenape jabatan aku je tak dapat jawapan lagi, adik angkat aku pun jawab sebab jabatan aku ni jabatan pentadbiran, so pegawai nak hand-over surat jawapan sendiri sambil bagi sepatah dua ucapan (macam nak berpidato pulak). Lepas habis dia call, aku pun terus sambung keje dengan member aku tu, dateline dah dekat tapi keje baru 45% je yang siap (hampeh..).
Bila dah pukul 2.45 petang aku pun bergerak pergi ke ofis besar (aku kat ofis cawangan tapi dekat je dengan ofis besar), lepas dah parking keta kat tempat baik punya tempat (tempat parking motor aku redah je parking keta aku hehehe...). Aku pun pergilah toliet jap nak tuck in baju kemeja aku dengan basuh muka, pastu baru bergerak naik ke tingkat 5 tapi jam dah pukul 3.15 petang (aiks.. lama ke aku kat toilet tadi, pelik..pelik..). Ape lagi kelam kabut aku gerak naik lif tu, sampai kat tingkat 5, aku pun gerak ke tempat duduk adik angkat aku. Rupanya pegawai tak sampai lagi, belum habis meeting katanya, penat je aku kelam kabut tadi.
Budak-budak jabatan aku pun tunggu lah pegawai tu (yang mane pergi interview je lah) sampai pukul 4.30 petang tak muncul-muncul jugak pegawai tu. Dah dekat 4.45 petang camtu baru muncul pegawai tu, terus dia panggil semua bebudak masuk dalam bilik dia, lepas tu dia pun bagi surat jawapan kat kiteorang sorang satu. Lepas dah habis hulur surat kat kiteorang, dia pun bagi sepatah dua kata, biaselah dia mesti cakap yang mane berjaya tu tahniah, yang mane tak berjaya cuba lagi lain kali (ayat orang politik.. hehehe ampun jangan marah yer tuan pegawai..). Lepas bersurai dari bilik dia, masing-masing terus bukak surat jawapan, aku pun bukak jugak surat aku, ayatnya tertera macam ni:
"Dukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan adalah tidak berjaya di dalam temuduga tersebut".
Kah..kah..kah.. gelak besar aku lepas baca surat tu, sebab sebelum pergi interview aku dah agak aku tak dapat punya jawatan tu. Kelebihan diberikan kepada pekerja yang lebih senior dari sesi aku, so aku tak kisah pun, dah takde rezeki nak buat camne. Korang jangan marah pulak terpaksa baca panjang lebar baru tau jawapan interview aku (hahahahaha....). Cuma aku ambik kesempatan ni nak ucapkan tahniah kat member aku yang dapat jawatan tu. Aku pulak kena teruskan kehidupan aku yang mencabar ni di dunia yang penuh pancaroba hahahaha. Tulah jelah entry aku kali ni, tunggu next entry aku sambung part 6 Kisah Seram Ker????.
TAHNIAH KEPADA RIDZWAN, FIRDAUS, RAZIF DAN MEI LING (ni melayu tapi muka macam cina).
Result Interview Aku...
Aug 14, 2009
Posted by miji at 5:54 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
pancaroba ler sangat
hehe
kah kah kah... dmaklumkan anda TIDAK BERJAYA,...!!! kah kah kah.. aku nak gelak lagi nih.. kah kah kah..!!!
luffy:
keh..keh..keh.. ayat novel tu bro, penat aku tulis hehehehe
jezz:
siut lu jezz, gelakkan aku yer, takpe ade ubi ade tepung, dah goreng boleh makan hahahaha...
kau aper punya pantun nih. first time aku dengorr.. pantun baru nih. jom ciplak.!
jezz:
haa.. nilah pantun lapan belas ratus kerat, mak cik aku sumber ilham hahahaha
huhuhu.. xde rezeki yo... terima la pnatun 2 kerat ni.....
pegi joging pagi-pagi...
lain kali cube lagi..
hehehe..
missylily:
pergh sadis pantun ko tu, takpe nanti aku balas
hati-hati bile berselisih
cantik pantun, tima kasih hahahaha
Post a Comment