Kisah Seram Ker???? (Part 4)

Aug 11, 2009

Sampai jer kat rumah tuan rumah sewa aku tu, dia pun jemput aku dengan kawan-kawan yang lain masuk (abis takkan nak duduk luar pulak). Dia ni cikgu mengajar kat Melaka jugak, so kiteorang semua pakat panggil dia cikgu jelah kan senang. Kulai yang tak sabar terus tanya pasal sejarah rumah sewa kiteorang tu, belum pun sempat cikgu tu tanya ade hal ape. Dia pun tanya balik kat kiteorang ape yang dah jadi, nak tak nak kenalah jugak citer pasal kes gangguan kat rumah tu. Yang peliknya dia pun boleh cakap tak tau ape-ape pasal kes gangguan kat rumah tu, sebab katanya dia baru jer beli rumah tu dari orang untuk tujuan disewakan kepada student-student macam kiteorang ni. Dia hanya bagi cadangan suruh buat kenduri jer kat rumah tu untuk hilangkan gangguan kat rumah tu (banyak duit dia nak buat kenduri.. bagilah duit). Terpaksalah kiteorang balik dengan hati yang hampa sebab masing-masing nak sangat tau ape yang dah jadi kat rumah tu.

Sampai kat rumah, kiteorang melepak jer kat luar rumah sambil berborak, tak lain citer pasal 'hantu' kat rumah tu. Dalam pukul 1 pagi camtu, lalu sorang pakcik tua yang duduk selang 3 rumah dari rumah sewa aku, kiteorang pun tegur dia (konon nak bermesralah tu). Dia terus datang kat tempat lepak kiteorang sambil join kiteorang berborak sakan. Selang 10 minit berborak, tiba-tiba dia tanya "Ok ke duduk kat rumah ni?', Kerul terus cakap "Ok, tapi tak tahan kena ganggu mahkluk halus lah pak cik, tau ke ape-ape cerita?". Dialog seterusnya seperti di bawah.


Pak cik:
Dulu rumah ni lama kosong, tak lama lepas tu, jiran sebelah rumah tercium bau busuk dari dalam rumah korang ni, dia pun pergi tengok, rupa-rupanya bau busuk tu bau mayat perempuan dengan mayat anak kecik mati kat laman belakang rumah korang.

Kiteorang: Ish, biar betul, tak kan lah tak nampak mayat perempuan tu kan kat luar laman.

Pak cik: Mane nak nampak, lalang tinggi kepala kite ni korang tau tak.

Kiteorang:
Camne boleh mati tu?

Pak cik:
Polis siasat, katanya kes bunuh diri, perempuan tu mengandung anak luar nikah, yang lakinya tak nak bertanggungjawab, tu yang dia bunuh diri.

Kiteorang:
Dah lama ke pak cik kes ni jadi?

Pak cik:
Ntah lah, dalam setahun lepas kot, tuan yang lama pun tak tahan duduk sini, tu yang dia jual kat cikgu yang jadi tuan rumah korang tu sekarang.

So sekarang mengertilah kiteorang ape sebenarnya yang terjadi, mengikut dari pak cik tu lagi, mungkin rohnya tak tenteram kot sebab kes ni kan kes bunuh diri.Seram jugak bila aku fikirkan hal ni, lepas habis sesi soal jawab dengan pak cik tu, kiteorang pun masuk ke dalam rumah. Malam tu sekali lagi kiteorang buat bacaan Yassin selepas solat Isyak, harap-harap lepas ni takdelah gangguan lagi. Kiteorang pun sebenarnya masih lagi ragu-ragu dengan kenyataan pak cik tu tadi, betul ke ape yang dia bagitau kat kiteorang, atau tu hanya satu spekulasi jer (chewah ayat novel).

Jam menunjukkan tepat pukul 3 pagi, aku dan Am masih lagi belum tido, sementara yang lain dah pun nyenyak tido (tido mampus masing-masing). Am tengah dengar radio kat bilik belakang, sementara aku pulak tengah mengadap tv kat depan (aku susah nak tido awal.. tapi dululah). Tengah aku baring meniarap dengan membelakangkan tv sebab nak buat assignment, tiba-tiba suara tv tu terkuat sendiri. Terperanjat jugak aku, camne boleh kuat tiba-tiba, cepat-cepat aku tutup suis tv tu (takut siut..). Sedang aku mencari-cari ade ke kawan-kawan serumah yang pedajal aku, saje je kuatkan bunyi tv tu kan. Time tu jugak aku teringat yang tv aku takde remote control, mane boleh orang nak kuatkan volume tv tu dari jauh. Terus meremang bulu roma aku, serentak dengan tu jugak Am menjerit keluar dari bilik belakang (lagi tambah terperanjat aku).

Aku pun pergi kat Am, tanya dia ape yang dah jadi, terus dia cakap dia tadi tengah dengar radio kat bilik belakang, tiba-tiba radio terpadam sendiri. Dia pun bangun check wayar kat bawah katil, sekali tu dia nampak 'hantu' budak kecik tu tengah baring kat bawah katil dia. Meremang gile bulu tengkuk aku masa tu, macam nak lari keluar je dari rumah tu. Aku pun ajak Am pergi tengok kat bawah katil tu. Nak tau ape aku nampak?? tungguuu... entry lepas ni... hehehe
...

Bersambung....

12 comments:

jai@jezz said...

giler doh.! serammm..!!! aku dok sorang2x nih.! betul kew pompuan mati bunuh diri..???!! ishk..~ takut doh.!

Kapten Luffy said...

memang seram kisah ni

BUJANG SUSAH said...

uiiiii... takutnya... huhuhu

miji said...

jezz:
betullah jezz, tu yg pak cik tu citer kat kiteorang lah

luffy:
seram beb duk kat umah tu..

bujang susah:
jgn takut... klau takut nanti aku pun takut..

Kak UJie said...

berani gak ko erk.. sudi lagi nak dok umah tu.. kalo aku, dah caboooottt... :)

jai@jezz said...

ishk.. giler doh. seumur idup aku tak pernah lagi aku kene cam korang kene.. asyik kene kacau jerk.. kalau dia bagi nombor ekor takpe la gak.. leh aku gi tikam.. kah kah kah..!! ari ni si nini tak komen lak blog kau..??

miji said...

missylily:
nantilah aku citer kenape aku tak pindah, tunggu kesudahan kisah seram ker???? ni

jezz:
aku pun pelik lagi heran, apsal kena kacau bertubi-tubi camtu, kalau bg nombor, aku dah kaya dah hahaha..

tah mane si nini ni

missdiya84 said...

pindah umah jekla...kalo aku mau hari tuh gak aku lari dr rumah tuh...

serammm...siut..ni pon aku scroll laju2 tengok word je..gambo tamo tengok haha...

miji said...

missdiya84:
benda dah lepas lama pun, nak pindah ape lagi...

budak2 umah tu kepala best tu tak jadi pindah...

Anonymous said...

Ya Allah takutnyer..tp mmg byk citer mcm nie..biler ngandung luar nikah then bunuh diri..kalau mati terus senyap xpe ni meracau ganggu org..tu yg takut tu...jgn lah kena ganggu d makhluk2 cmtu..takut..huhu

miji said...

amy liana8886:
tulah pasal, kes camni aku seram mendengarnya (berapa banyak lapan da...)

ina said...

gile la pengalaman ko nie... bleh lagi brani nk tgk bwk katil tue...

tpi cite kali byk m'gunakan ayat2 mcm dlm novel.. skema sket.. huhu bleh la terbit kn novel seram pas nieh.. hehe ;P

Blog Widget by LinkWithin