Kisah Seram Ker???? (Part 6)

Aug 18, 2009

Lepas kejadian tu, kiteorang tak dapat nak tido, dah 'benda' tu asyik main lampu kat rumah aku tu. Kejap 'dia' bukak, kejap kang 'dia' tutup, kiteorang tak aman nak tido, last-last kiteorang ambik keputusan nak lepak kat luar rumah. Kiteorang pun berjalan keluar dari taman perumahan tu menuju ke stesen minyak Projet (sekarang dah jadi Shell campur 7 Eleven). Sampai kat Projet, kiteorang pun pergi ambik nasik lemak dengan air pastu duduk kat tempat duduk yang disediakan untuk pengunjung (sekarang dah takde dah). Boroi dengan Aiman tak habis-habis lagi mengungkit hal kena ganggu tadi, aku pulak diam je lapan belas ribu bahasa (ade ke camni). Aku betul-betul tension kena ganggu camtu, mane taknya asyik kena kacau camtu je, tok imam pun boleh naik hangin kan. Lepas dah habis makan dengan minum serta berborak kiteorang pun balik ke rumah, masa tu dah pukul 7 pagi (haram.. tak solat subuh pun), rumah gelap je kiteorang tengok dari luar.

Masuk je dalam rumah terus kiteorang bukak lampu yang mane patut, pastu terus tertido tak ingat dunia punya, yelah dah satu malam tak dapat tido. Dalam tengahari camtu baru aku tersedar dari tido, aku dengan mamai terus pergi ambik tuala nak mandi. Sampai kat pintu bilik air, tiba-tiba pintu tu tertutup sendiri, aku mula-mula terkejut jugak, tapi aku fikir mungkin angin je kot, so aku pun terus mandi (malas nak ambik port..). Lepas dah mandi, aku pun join Boroi dengan Aiman yang dari tadi memang dah berborak (bukan nak mandi dulu dorang ni..), topik hangatnya apelagi pasal 'hantu' kat rumah akulah. Aku yang mula rasa bosan (biaselah hari ahad pulak kan), aku pun ajak member aku berjalan kat bandar Melaka, saje nak tengok tempat orang.


Balik dari berjalan kat bandar Melaka dah pukul 6.00 petang, aku pun kelam kabut solat Asar pastu mandi, sebab bercadang nak solat Maghrib kat surau, nak bercampur masyarakat setempat (nanti cakap aku kera sumbang pulak). Tapi si Boroi pulak bagi cadangan solat berjemaah kat rumah je, nak bagi rumah 'sejuk' katanya, aku dengan Aiman pun setuju jelah. Kiteorang bentang sejadah kat ruang tamu menghadap ke dapur, tapi yang tak berape setujunya aku yang kena jadi imam (hampeh punya member..). Masa tengah solat tu, aku yang jadi imam menghadap ke arah dapur, kira boleh lah nampak pintu bilik air kalau aku jeling lah. Berderau darah aku bila aku macam nampak kelibat 'budak' kecik tengah berdiri belakang pintu bilik air tu sambil pandang kat kiteorang yang tengah solat tu. Aku teruskan jugak solat dan ambik keputusan tak nak pandang dah kat pintu tu (dah tak syukuk, eh.. khusyuk dah aku).


Selesai solat, aku jeling lagi kat pintu bilik air tu, tapi takde dah kelibat tu, tiba-tiba Boroi bersuara "Kau nampak tak tadi Aiman?". "Nampak jugak, tapi aku buat bodoh je", balas Aiman. Aku yang pelik pun tanya kat dorang, ape yang dorang merepek tu. Boroi pun citer yang masa kiteorang tengah solat tadi, dorang nampak macam kelibat 'budak' kecik tengah berlari-lari kat belakang dorang, so masa rukuk, dorang nampak macam kaki lah yang tengah berlari-lari (ceh.. dorang pun tak khusyuk jugak). Aku pun citer lah yang aku pun nampak macam kelibat 'budak' tu kat belakang pintu bilik air tadi, dorang pun cakap dorang ade perasan jugak (ingat aku dah silap pandang tadi). So malam tu kiteorang ambik keputusan nak berjaga je sebab nak tengok ape lagi gangguan benda tu kat kiteorang, Boroi pun keluar pergi beli segala macam makanan ringan untuk dibuat mengunyah malam kang.


Malam tu betul sangkaan kiteorang, ade lagi yang 'benda' tu nak menggangu hidup kiteorang yang tak bersalah ni (ye ke tak bersalah). Pada jam 2.30 pagi, mula-mula radio yang kiteorang dan memang on kat bilik belakang berbunyi kuat dengan sendiri, Boroi bangun terus pergi slowkan bunyi radio tu, tiba-tiba dia menjerit panggil Aiman dan aku. Kiteorang pun bergegas cergas ke bilik belakang tu, Boroi terus tutup lampu, "Korang tengok dan dengar ye", Boroi bersuara. Radio yang tengah berkumandang siaran Hot Fm tu betukar ke siaran Era Fm tanpa kiteorang sentuh pun (ni radio zaman jepun, mane ade control). Aku dah mula rasa seram dah sebab radio tu kat bawah katil, buatnya ade 'budak' kecik tu kat bawah katil tengah main radio camne, tak ke naya, tapi Boroi tak puas hati tukar balik ke siaran Hot Fm. Tak sampai seminit betukar balik ke siaran Era Fm, kiteorang dah rasa pelik dan seram, kiteorang pun pergi mengintai bawah katil tu, tapi dengan keadaan gelap dalam bilik tu mane nampak ape-ape, aku pun bangun pergi bukak lampu balik, tapi still tak nampak ape pun kat bawah katil tu.

Tiba-tiba tv pulak berbunyi kuat, terperanjat kiteorang kat dalam bilik tu, Aiman terus bergegas ke depan, aku dengan Boroi pulak tutup radio dan lampu bilik. Baru kiteorang nak pergi depan, Aiman dah terpacul kat depan kiteorang, katanya dia nampak kelibat budak tu berlari masuk ke bilik depan, tak jadi dia nak slowkan bunyi tv tu. Sekali lagi kiteorang buat keputusan nak lepak kat Projet je, hati dah tak tenteram nak lepak kat rumah tu. Masa tengah bersiap nak keluar, kiteorang terdengar bunyi 'budak' kecik ketawa kat dapur (macam suka je kiteorang nak keluar), Belum sempat kiteorang nak tutup lampu, lampu tu dah terbuka tertutup sendiri, sebab dah takut sangat kiteorang blah je tanpa tutup lampu rumah terus pergi ke Projet (Projet lagi..). Lepas tu ape jadi??? tunggu sambungan dalam Kisah Seram Ker???? (Part 7 Legaa...). Nak tau tungguuuu..


Bersambung...

15 comments:

jai.jezz ^.~ said...

dah nak masuk part 7 kan..?? weih asal korang tak panggil tok iman kawasan kg tu jerk solat hajat kat umah sewa korang tu.. ???

** solat tak sah.. dok jeling2x budak tu jerk.. mana nk khusyuk..

miji said...

tunggu lah aku citer part 7 hahaha

nak solat camne, dah budak tu main cak..cak dgn kiteorang

~amy liana8886~ said...

jgn2 last2 citer "aku reka je citer seram tu"..saje je kiter menghayati slame nie..huhu..

fieza a.k.a ibu azwar qaiszar said...

budak kecik tu tgh cari bapak angkat laa...tu la korang..tak nak angkat dia..kan dia da kacau2..huhu

"Aiman tak kisah!!..."

jai.jezz ^.~ said...

ha ah betu tu amy.. kalau last skali dia ckp dia reka jerk.. memang nak kene cekup bdak nih.

missdiya84 said...

tulah..cite seram betul...tapi tengah solat..masing2 leh lak jeling2 tempat lain..hehe

tapi pahamla hati ngah takut kan..memang jadi cam gitu..

cepat ahh sambung..kalo ko wat2 cte2 je..aku ngan jezz nak gi cepukk je ko nanti hehe

Jard The Great said...

peh... wat saspender sungguh.. ehehe

miji said...

amy liana8886:
laa ni citer betul lah, tak caya lak, penat aku mengingat story lama ni

fieza:
tak dapek den nak mengangkatnye, tak terlarat teman weeiihh...

aku kisah dehh..

jezz:
ko tak caya lak, kena kat btg idung ko baru tau

missdiya84:
hahaha tunggu lah citer aku abis nanti, bagi saspen, ni pengalaman lama, bagi masa nak ingat balik

jard:
tulah, saspender takpe, jgn baca tak pakai spender.. hahaha

rockmetaller said...

cilakak..gua bce ni sorg2..tkt plak gua..huhu...hmpeh lu wat cite seram...hahha..gurau naa..teruskan!im waiting!

miji said...

rockmetaller:
hahaha lu pun takut ke bro... aku time tu dah kecut perut dah..

jai.jezz ^.~ said...

ok ok aku cayee... jgn lupa sambung entry part 7 lak yee..

miji said...

nanti aku sambung jezz, ait baik pulak ko komen kali ni hahaha

✿FITRAH ALAM KELUARGA BAHAGIA✿ said...

Salam, sy dah bce dah, seram sgt...tkt tp suke bce stau tgk citer seram...tp tak elok coz nnti bermain di pikiran pulak.. byk kan bce surah al-naz, al-kafiruun, al-ikhlas, al-falaq, ayat kursi, & yassin. InsyaAllah

emilyrockz said...

hahaha...tak jd keje je dk tunggu2 cite seram..
dah la ai ni jenis xcited tak suke episod2 ni..waaa..

copat pokcik copat..part 7 pulak..

;p

miji said...

fitrah alam:
tima kasih bagi tips tu, aku pun minat gak baca citer seram, tapi tak minat jadi bahan uji kaji kpd citer seram ni hehehe

emilyrockz:
hehehe rilek, kena bagi suspen dulu baru best, orait nanti pokcik post part 7 tungguuuu...

Blog Widget by LinkWithin