"Kalau jadi kat aku, aku dah melawan dah!!!, aku jenis orang yang camtu, kalau jadi kat aku lah".
Tulah kata-kata sorang staff kat ofis aku berhubung citer yang aku bincangkan dengan dia masa rehat tengahari tadi. Kes tentang penderaan suami terhadap isterinya, kenapa berlaku, ape punca, dan mengapa banyak kes camni di diamkan je. Ape yang aku dapat tau, kebanyakkan kes camni berlaku kerana berpunca dari suami yang panas baran dan semua kes camni banyak di diamkan oleh isteri, so tak banyak kes camni yang kite tau hujung pangkalnya. Cuma banyak yang kite tau sebab terbaca kat paper atau pun tengok berita kat tv (takkan kat wayang pulak).
Ape yang diberitahu oleh kakak kat tempat ofis aku ni, dia cakap kenapa ramai kaum isteri yang tak nak mengadu hal ni kat pihak berkuasa atau Jais (kat Selangor Jais lah.. kat tempat lain aku tak tau). Kakak ni bagi pendapat, yang isteri ni takut kalau dah report kat pihak berkuasa, nanti bila dah jadi kes cerai, si isteri takde tempat bergantung, nak pulak isteri ni tak bekerja dan tanggungan anak ramai. Aku pulak bagi pendapat, walaupun isteri bekerja tapi tak semestinya dorang boleh berdikari tanpa suami lepas dah bercerai. Kalau ade pun yang boleh berdikari, dia mesti akan ambik masa untuk sesuaikan diri lepas bercerai nanti (ni pendapat je). Walau camne pun, ade jugak golongan yang boleh hidup tanpa lelaki atau suami, kebanyakkan dorang ni dikenali dengan panggilan hati besi, jiwa kental dan banyak lagi.
Tiba-tiba ade brader kat ofis aku ni menyampuk, dia kata pernah lah melalui kes yang melibatkan penderaan rumah tangga ni. Dia citer yang dulu kat taman perumahan yang dia tinggal, ade jiran ni yang selalu bergaduh antara suami dan isteri. Selalu lah terdengar suami ni mendera si isteri ni boleh dikatakan hari-hari. Nak dijadikan citer, satu hari si isteri ni lari mendapatkan pertolongan kat brader ofis aku ni dan menyorok kat rumah dia (bukan main polis entri tau..), malamnya datanglah suaminya menjerit-jerit marah kat depan rumah brader ni suruh isterinya balik. Brader tu yang agak panik terus nak buat report kat polis, tapi isterinya larang dan yang peliknya terus marah kat brader tu sebab nak report hal tu kat pihak polis. Brader ni yang dah tension terus marah-marah si isteri ni sebab masih nak pertahankan suaminya yang selalu memukul dan mendera dia. Si isteri masih melarang dari hal tu dibesarkan dan tetap tak bagi brader tu report kat polis.
"Saya sayangkan suami saya, walaupun dia selalu memukul saya dan panas baran, tapi saya tak boleh hidup tanpa dia, saya cintakan suami saya!!".
Tulah ayat si isteri tu cakap kat brader ofis aku, aku yang mendengar citer brader tu amatlah terkejut (nasib tak terkentut..) dengan pendirian si isteri tu tadi. Betapa bertuahnya si suami tu mendapat isteri yang masih lagi sayang dan mempertahankan dirinya, walaupun selalu didera dengan teruk. Dapat aku simpulkan kat sini yang terdapat banyak sebab kenapa penderaan ni berlaku dan kenapa isteri selalu ambik keputusan tak nak reportkan hal penderaan ni kepada pihak berkuasa. Aku tabik pada isteri-isteri yang taat dan sayangkan suami dorang dengan sepenuh hati, tapi taklah bermakna semua lelaki tu jahat, cuma segelintir je yang berperangai macam setan. Walau camne pun aku ade jugak dengar kes isteri mendera suami, kalau jadi camtu, aku tak taulah isteri tu pakar judo ke pakar silat (johan peringkat kebangsaan kot..). Kalau kes camtu aku pun tak tau nak komen camne, kalau korang ade pendapat share ler, yang lebih tu korang pikirlah sendiri.... Sekian.
Dera??? Ape Kes...
Aug 18, 2009
Posted by miji at 6:50 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
"Saya sayangkan suami saya, walaupun dia selalu memukul saya dan panas baran, tapi saya tak boleh hidup tanpa dia, saya cintakan suami saya!!".
** aku sokong gak ngan minah ni.. kalau kita dah sayang sgt nak buat mcm mn..?? tp kalau dah selalo kene tibai dek laki.. mampos aku tinggalkan.. nauzubillah la jd kat aku..
jezz:
betul tu, aku respek kat pompuan tu sebab sygkan suami dia camtu, tapi kalau dah asyik kena dera je, baik carik lain jer, boleh mereng kepala hotak
miji..ni kes suami blasah isteri..
tp, DEPAN MATA AKU, aku penah tgk ISTERI BLASAH SUAMI!!
hurm.. Ya Allah..Nauzubillah laa nak terjadi kes2 pukul memukul ni dalam hidop aku..
syg pon berpada laa xkan nak tggu spai patah riuk tulang tu baru nak btindak...si suami ni lagi dia suka klau isteri x melawan baru sedap dia tibai..
tu la fitrah manusia... bg aku mne ader cinta. tu sume nafsu..hahaa♥
huk..huk...sedih bila dgr citer cam gini...kalau aku!..aku dah blah dah tak de maknanya sayang kalau dah menyakitkn badan dan fikiran je...
lelaki camni jenis laki hampeh takleh pakai..so hukum buang je..masuk lam tong sampak hikhik..
tatau nak menghargai pengorbanan seorang isteri..dah la melahirkan anak2 die,,die tau nak maki,nak pukul..ingat isteri tu cam punching bag..tak bagus betull..
nini:
ye ke nini, alamak takut pulak aku dengar kes camtu, aku rase bini dia pakar silambam kot
tangan hitam:
betul tu bro, aku setuju dgn ko, syg ni kena berpada lah jugak, biar kena pd tempatnya
ayudeadwish:
ait, cinta tu ade tapi kena pandai mencari, tapi kes yg camni memang kes nafsu pun, nafsu nak membelasah bini hahaha
tun teja:
hehehe tu pendapat sis kan, tapi kalau aku pun, aku blah je, tak kuasa i... hehehe
missdiya84:
hahaha buang je kat kolam ikan piranha, baru dorang tau, aku setuju dgn statement sis tu..
kadang2 kita konpius cinta,sayang atau dendam.wanita skrg harus berdikari.Jangan harapkan laki je.klu kn debik,debik dia balik.hukhukhuk...jgn malu utk lapor keganasan r'tgga.,..
cinta buta ler tu
jangan dera isteri ko yer
Salam sahabat...selamat menyambut ramadhan al-mubarak.. smoga sentiasa diberkati oleh-Nya..
cookie divine:
betul tu, lapor je kes keganasan camtu, jgn diamkan, kesian kadang2 org pompuan ni tak sampai hati kot nak report kes laki dorang.... sayang katanya
luffy:
hahaha aku belum kawin lagi kapten luffy, tapi insyallah aku jaga bakal bini aku elok2
bujang susah:
salam sahabat kembali bro.. insyallah bro.. selamat menyambut ramadhan kembali..
Post a Comment